PIALA PRESIDEN 2017: FELDA UNITED, NEGERI SEMBILAN RAMPAS PENDAHULU KUMPULAN

2017-03-03

Felda United dan Negeri Sembilan muncul dua pasukan yang masih berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas aksi kedua Piala Presiden 2017, petang semalam untuk masing-masing muncul pendahulu baharu Kumpulan A dan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, Felda United kendalian Ahmad Shahrul Azhar Sofian menghadiahkan Melaka kekalahan kedua menerusi kemenangan 2-0 pada aksi di Stadium Mini UPM, Serdang.

 Juara bertahan Kelantan bimbingan Hashim Mustapha yang mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) III 1-1 di Pasir Gudang minggu lalu berjaya meraih kemenangan sulung menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk naik ke tangga kedua.

 JDT III yang dikendalikan Ervin Boban mengekori rapat di tangga ketiga selepas turut berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan pendahulu minggu pertama, UiTM FC 1-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

 Pulau Pinang kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid turut berjaya meraih kemenangan pertama selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan untuk menduduki tangga keempat.

 Satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan PDRM dan Sarawak meraih mata pertama apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, Negeri Sembilan kendalian Sazali Saidun berjaya merampas kedudukan teratas daripada Kuala Lumpur selepas meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak di Stadium Mini USIM, Nilai.

 PKNP FC bimbingan A Pugelenthi melonjak naik ke tangga kedua selepas berjaya menewaskan ATM 4-1 pada aksi di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor yang disambung ke pagi ini selepas ditangguh pada minit ke-39, petang semalam kerana hujan lebat dan padang bertakung ketika PKNP FC sedang mendahului 3-0.

 Kuala Lumpur kendalian Khalid Shahdan turun ke tangga ketiga selepas sekadar seri 0-0 dengan Selangor di Stadium Mini UKM, Bangi.

 Naib juara musim lalu, T-Team bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan pula naik ke tangga keempat selepas berjaya meraih kemenangan sulung menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan PKNS FC dan Sabah meraih keputusan seri kedua berturut selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Padang PKNS, Kelana Jaya.

 Hari perlawanan ketiga saingan Piala Presiden 2017 bakal berlangsung Khamis depan, 9 Mac.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM:

 

KUMPULAN A

 

KELANTAN 3

Muhamad Raihan Huzaizi 7'

Nik Azli Nik Alias 28'

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni 66'

KEDAH 1

Muhammad Akhyar Abdul Rashid 84'

 

UITM FC 0

JDT III 1

Muhamad Ikmal Mohd Idris 89'

 

PULAU PINANG 3

Muhammad Danish Afiq Md Desa 26'

Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid 85'

Mohamad Afif Azman 87'

TERENGGANU 0

 

PDRM 2

Muhammad Syahmi Syakir Salim 7'

Muhammad Asyraf Abdul Wahaid 28'

SARAWAK 2

Mohammad Nur Aliff Kepli 11'

Nor Azizi Ramlee 36'

 

FELDA UNITED 2

Mohamad Arrieffahmi Mohamad Azam 27'

Mohd Akhmar Haiqal Azhar 51'

MELAKA 0

 

KUMPULAN B

 

T-TEAM 1

Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob 41'

PAHANG 0

 

KUALA LUMPUR 0

SELANGOR 0

 

NEGERI SEMBILAN 3

Muhammad Faris Mohd Ariffin 34'

Sean Eugene Selvaraj 45' 60'

PERAK 2

C Suwarnaraj 28'

Muhammad Rizal Che Aziz 54'

 

PKNS FC 1

Muhammad Nur Iqmal Harun 79'

SABAH 1

Fazriel Hanafi Stepanus 2'

 

PKNP FC 4

Mohamad Syamin Baharuddin 9'

Muazzim Abd Khalil 22'

Muhammad Saiful Rizal Termize 38'

Mohamad Adzem Mansor 77'

ATM 1

Mahathir Faridudin 70'