PIALA PRESIDEN 2017: KELANTAN, T-TEAM BUKA KEMPEN RAIH SATU MATA

2017-02-24

Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapha membawa pulang satu mata apabila seri 1-1 dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) III pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala Presiden 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, petang semalam.

 UiTM FC pula yang mendapat sentuhan bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar muncul pendahulu minggu pertama bagi Kumpulan A selepas garang membenam Melaka 3-1 di Stadium Mini UTeM, Ayer Keroh.

 Tiga lagi pasukan turut mencatat kemenangan iaitu Terengganu menewaskan PDRM 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kedah mengatasi Pulau Pinang 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala Felda United berjaya menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, naib juara musim lalu, T-Team yang kini dikendalikan Tengku Hazman Raja Hassan mengikat Selangor 0-0 di Stadium Mini MP Sepang, Salak Tinggi.

 Kumpulan B kini didahului Kuala Lumpur di kedudukan teratas selepas skuad bimbingan Khalid Shahdan itu berjaya menewaskan ATM 2-0 di Stadium Mini MINDEF, Kuala Lumpur.

 Turut mencatat kemenangan, Negeri Sembilan kendalian Sazali Saidun yang berjaya membawa pulang tiga mata penuh menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

 Baki dua perlawanan berakhir dengan keputusan seri iaitu Perak seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium UPSI, Tanjung Malim manakala Sabah seri 1-1 dengan PKNP FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

 Hari perlawanan kedua saingan Piala Presiden 2017 bakal berlangsung Khamis depan, 2 Mac.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM:

 

KUMPULAN A

 

JDT III 1

Shahrul Akmal Md Adnan 25'

KELANTAN 1

Shahrul Nizam Ros Hasni 80'

 

KEDAH 1

Muhamad Fikhri Zulkiflee 90'

PULAU PINANG 0

 

TERENGGANU 2

Muhamad Firas Mohd Tarmizi 68'

Khairul Nizam Ishak 90+4'

PDRM 1

Muhammad Farhan Ab Hamid 41'

 

SARAWAK 0

FELDA UNITED 1

Danial Amier Norhisham 72'

 

MELAKA 1

Gaddafi Kamaludin 13'

UITM FC 3

Nor Syarafuddin Nor Afandi 35'

Muhamad Rafie Mat Yaacob 85' 90'

 

KUMPULAN B

 

SELANGOR 0

T-TEAM 0

 

PAHANG 1

Zulhisyam Zulkifli 90'

NEGERI SEMBILAN 2

Mohd Fauzi Abdul Latif 53'

Sean Eugene Selvaraj 79'

 

PERAK 1

Amir Safuan Zubir 41'

PKNS FC 1

Amir Safuan Zubir (GS) 45+2'

 

SABAH 1

Fazriel Hanafi Stepanus 10'

PKNP FC 1

Muhammad Aizzat Maidin Koty 46'

 

ATM 0

KUALA LUMPUR 2

Muhammad Hakimi Husin 2'

Muhammad Talhah Rosli 45'