PREVIU KEJUARAAN B-16 AFC

2018-09-20

Dengan Kejuaraan B-16 AFC 2018 yang semakin hampir, skuad B-16 Malaysia di bawah kendalian Lim Teong Kim begitu bersemangat untuk menunjukkan taring mereka ditambah Kuala Lumpur menjadi hos bagi kejohanan dwitahunan tersebut.

Pasukan kebangsaan B-16 yang bersaing dalam Kumpulan A pasti mengharapkan untuk mencipta sesuatu saat istimewa di tanah air sendiri kerana pasukan yang berjaya mara selaku empat pasukan terbaik kejohanan ini akan menempah slot automatik ke Piala Dunia B-17 FIFA 2019 di Peru.

Pengendali pasukan B-16, Lim Teong Kim juga optimis yang pasukannya mampu pergi jauh dalam saingan kali ini.

“Persediaan kami berjalan dengan bagus dan sangat lancar, semua pemain nampaknya begitu fit dan bersemangat untuk memulakan aksi. Saya boleh melihatnya dalam perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan sebelum ini, dan mereka mampu menyaingi mereka.

“Sekiranya mereka boleh mengurangkan kesilapan, saya rasa kita akan memberikan persembahan yang terbaik dalam kejohanan yang akan tiba itu,” kata Teong Kim.

Pasukan muda negara akan membuka tirai dengan menentang Tajikistan pada 20 September 2018 (hari ini), diikuti pertemuan dengan Thailand pada 23 September 2018 dan menentang Jepun pada 26 September 2018.

Kejohanan akan berlangsung di tiga venue yang berlainan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga di UM Arena. Kesemua perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan negara adalah berlangsung pada pukul 4.30pm di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sekiranya pasukan negara layak ke peringkat 16 pasukan terakhir, menanti mereka adalah pasukan dari Kumpulan B iaitu Korea Utara, Oman, Yemen dan Jordan.

Mengenai pertemuan sulung bertemu Tajikistan, Teong Kim berkata, “Kami perlu menang dan kami mahukan kemenangan. Kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan tersebut. Kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan dan pemain tahu apa mereka perlu lakukan”.

Ketika perlawanan pembukaan skuad kebangsaan B-16 menentang Tajikistan akan menjadi pertemuan pertama, rekod perlawanan seterusnya menentang Thailand dan Jepun tidak memihak kita.

Pada pertemuan sebelum ini, Jepun mengalahkan Malaysia 4-0 dalam pusingan kelayakan B-16 AFC tahun manakala skuad B-16 yang diketuai oleh Raja Azlan Shah Raja So'ib turut tumpas 1-2 kepada Thailand dalam Kejuaraan B-16 AFF awal tahun ini.

Dalam aksi pemanas badan sebelum ini, skuad B-16 kebangsaan menang 4-3 ke atas pasukan B-16 Indonesia, mengatasi Kemboja B-16 dengan 4-0, tewas 0-2 dan 0-4 kepada Korea Selatan B-16 sebelum menang 3-0 dan kalah 1-2 kepada India B-16. Dalam tiga lagi pertemuan menentang New Caledonia B-16, pasukan muda Malaysia ini menang 5-0, 4-2 dan 1-0.

Edisi terakhir Kejuaraan AFC B-16 2016 menyaksikan pasukan negara tersingkir awal di peringkat kumpulan setelah tewas kepada Oman dan Korea Selatan serta hanya seri menentang Iraq.

Persembahan terbaik pasukan kebangsaan dalam Kejuaraan AFC B-16 adalah pada tahun 2014 ketika mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan namun ditunjukkan jalan keluar setelah tewas 2-1 kepada Australia di peringkat suku akhir.

——

2018 AFC U-16 CHAMPIONSHIP PREVIEW

With the 2018 AFC U-16 Championship fast approaching, the Malaysia U-16 squad, led by Lim Teong Kim is raring to go and aiming to make an impression especially with the biennial tournament being hosted by the divine city of Kuala Lumpur.  

The national U-16 squad will be hoping to turn heads playing on home soil and finish in the top four especially with automatic qualification spots for the 2019 FIFA U-17 World Cup in Peru up for grabs.

National U-16 head coach, Lim Teong Kim is also optimistic that his charges can go far in the tournament.

"Our preparation has been good and running very well, the boys are look very fit and are eager to start to tournament. I could see that even when we play against Korea in the previous friendlies match, the boys can match the Koreans.

“If they can minimise their mistakes, I think we would give a good performance in this coming tournament,” said Teong Kim.

They will take on Tajikistan in the curtain raiser on 20th September 2018 followed by matches against Thailand on 23rd September 2018 and Japan on 26th September 2018.

The competition will be held in three different venues – Bukit Jalil National Stadium, Petaling Jaya Municipal (MBPJ) Stadium and UM Arena. All three of Malaysia’s group stage matches – kicking off at 4.30pm - will be played at the Bukit Jalil National Stadium.

Either two from Group B which consists of DPR Korea, Oman, Yemen and Jordan await in the next phase should Malaysia qualify for the Round of 16 as group winners or runners-up.

On the opener against Tajikistan, Teong Kim added “We have to win, and we want to win. It will not be a stroll in the park. We have to work hard to gain success and the boys know about this.”

While the national U-16 squad’s opening match against Tajikistan would be the first meeting between the two, previous head-to-head records against Japan and Thailand do not favour the national squad.

In their recent meetings, Japan defeated Malaysia 4-0 in the AFC U-16 Championship Qualifiers last year while the Raja Azlan Shah Raja So’ib-led U-16 squad went down 1-2 against Thailand in the AFF U-16 Championship earlier this year.

The team’s pre-tournament preparations produced mixed results with wins over neighbours Indonesia U-16 (4-3) and Cambodia U-16 (4-0) sandwiched by two losses (0-2, 0-4) to Korea Republic U-16 while registering a win (3-0) and a loss (1-2) to India U-16 before ending on a high by beating New Caledonia U-16 (5-0, 4-2, 1-0) on three separate occasions.
The last edition of the AFC U-16 Championship in 2016 saw Malaysia crash out of the group stage after defeats to Oman and South Korea while only managing a draw against Iraq.

Malaysia’s best performance in an AFC U-16 competition was back in 2014 when they progressed past the group stage, only to be knocked out by Australia 2-1 in the quarter final.