SENARAI 14 PEMAIN KE KEJOHANAN FUTSAL ANTARABANGSA CFA 2017 DI HUNAN, CHINA

2017-06-20

Berikut senarai 14 pemain dipilih ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk membawa cabaran skuad futsal lelaki kebangsaan pada Kejohanan Futsal Antarabangsa Persatuan Bolasepak China (CFA) 2017 di Hunan, China dari 23 hingga 25 Jun ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

ABU HANIFFA HASSAN

26

ALA

MELAKA

2.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASSAN

26

ALA

MELAKA

3.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

30

ALA

MELAKA

4.

MOHD FIRDAUS RAZALI

33

GK

MELAKA

5.

SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI

26

PIVOT

MELAKA

6.

YAZID KAMARUZUAN

25

ALA

MELAKA

7.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

30

GK

FELDA UNITED

8.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

23

ALA

FELDA UNITED

9.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

21

ALA

FELDA UNITED

10.

MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI

20

ALA

FELDA UNITED

11.

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

26

ALA

PAHANG

12.

MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI

26

PIVOT

PAHANG

13.

MOHD RIDZWAN BAKRI

23

ALA

PAHANG

14.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

20

ANCHOR

PERAK

 

Empat pemain telah digugurkan daripada senarai 18 pemain bagi kem latihan pusat Fasa 3 ini iaitu Saiful Aula Ahmad (Melaka), Mohd Azwann Ismail (Felda United), Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak) dan penjaga gol, Muhammad Syafiq Hamzah (KL City).

Bagaimanapun empat pemain berkenaan akan kembali dipanggil untuk melengkapkan senarai 18 pemain ke kem latihan pusat Fasa Akhir bermula 3 Julai ini bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos depan.

 Bagi Kejohanan Futsal Antarabangsa CFA 2017 yang akan berlangsung di Universiti Sains & Teknologi Changsha, Hunan, skuad futsal Harimau Malaya yang berkedudukan ranking ke-69 dunia bakal membuka cabaran menentang pasukan di ranking ke-20 dunia, Republik Czech pada Jumaat, 23 Jun sebelum berdepan tuan rumah, China (ranking ke-49 dunia) pada Sabtu, 24 Jun dan England (ranking ke-62 dunia) pada Ahad, 25 Jun.

 Juara akan ditentukan berdasarkan pasukan mana yang mengutip jumlah mata tertinggi selepas masing-masing selesai mengharungi tiga perlawanan secara liga sepusingan.

 Skuad futsal Harimau Malaya bakal berlepas ke China, tengah hari esok (Rabu) dan kembali ke tanah air pada Isnin, 26 Jun 2017.

 

KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN, CHIEW CHUN YONG

“Saya hanya boleh membawa 14 pemain untuk ke kejohanan ini dan sudah tentu pemain-pemain yang terpilih adalah di kalangan mereka yang berada dalam keadaan cukup cergas dan bersedia untuk menghadapi tiga perlawanan di China itu nanti.

 “Tapi empat pemain yang digugurkan itu akan kembali dipanggil untuk kem latihan pusat seterusnya nanti. Jadi 14 pemain yang terpilih ke China ini tidak boleh menganggap kedudukan mereka untuk ke Sukan SEA sudah terjamin kerana mana-mana pemain yang gagal beraksi baik di China berkemungkinan boleh digugurkan.

 “Sasaran saya untuk Kejohanan Futsal Antarabangsa CFA 2017 ini ialah untuk menang dua daripada tiga perlawanan kerana secara realistiknya, Republik Czech merupakan pasukan yang jauh lebih baik daripada kita. Jadi kita perlu memastikan kemenangan dapat diraih apabila berdepan China dan England untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

 “Apa pun tiga perlawanan ini bagi saya cukup baik dan berguna memandangkan kita kekurangan perlawanan antarabangsa untuk menguji kekuatan pasukan dalam persiapan menjelang Sukan SEA 2017 pada Ogos nanti.”