SENARAI 14 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN FUTSAL AFF 2017 DI HO CHI MINH CITY, VIETNAM

2017-10-24

Berikut senarai akhir 14 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Stadium Phu Tho, Ho Chi Minh City, Vietnam dari 26 Oktober hingga 3 November 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD FIRDAUS RAZALI

33

GK

MELAKA

2.

ABU HANIFFA HASAN

26

FIX

MELAKA

3.

MUHAMMAD AWALUDDIN HASAN

26

ALA

MELAKA

4.

MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

30

PIVOT

MELAKA

5.

SAIFUL NIZAM MOHD ALI

26

PIVOT

MELAKA

6.

YAZID KAMARUZUAN

25

ALA

MELAKA

7.

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

30

GK

FELDA UNITED

8.

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

23

ALA

FELDA UNITED

9.

MOHD AZWANN ISMAIL

25

FIX

FELDA UNITED

10.

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

21

ALA

FELDA UNITED

11.

MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI

19

ALA

PERAK

12.

MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN

20

FIX

PERAK

13.

MOHD RIDZWAN BAKRI

23

PIVOT

PAHANG

14.

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

26

FIX

PAHANG

 

Chun Yong mengekalkan 12 daripada 16 pemain dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu. Empat pemain yang tiada dalam senarai kali ini ialah penjaga gol Syafiq Hamzah (KL City), Shamsul Akmar Zamri (Pahang), Saiful Aula Ahmad (Melaka) dan Firdaus Ambiah (Melaka).

 Bagi melengkapkan senarai 14 pemain untuk ke Vietnam, Chun Yong telah menyenaraikan Saiful Nizam Mohd Ali (Melaka) dan Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) yang tiada dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

 Sebagai persiapan akhir menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017, barisan 14 pemain ini telah menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad kebangsaan Qatar di Doha yang menyaksikan skuad Chun Yong seri 1-1 pada aksi pertama (13 Oktober) dan menang 5-4 pada aksi kedua (15 Oktober).

 Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen Kejuaraan Futsal AFF 2017 bertemu Timor-Leste pada 26 Oktober diikuti Laos (27 Oktober) dan juara bertahan, Thailand (28 Oktober).

 Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia. Undian semula telah dibuat selepas penarikan diri pasukan Australia.

 Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 1 November, sekali gus mengisi empat slot ASEAN layak ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei, Februari depan.  Aksi final Kejuaraan Futsal AFF 2017 dijadual pada 3 November 2017.

 Kejuaraan Futsal AFF 2016 yang berlangsung lewat pada 23 hingga 29 Januari lalu di Bangkok, Thailand tanpa disertai Australia, Vietnam dan Filipina menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tangga ketiga selepas muncul naib juara Kumpulan B di belakang Myanmar, tewas 5-3 kepada Thailand pada separuh akhir dan menewaskan Timor-Leste 8-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat. Thailand muncul juara selepas menewaskan Myanmar 8-1 pada aksi final.