SENARAI 15 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT MENJELANG ‘2017 BELT & ROAD INTERNATIONAL BEACH SOCCER CUP’ DI HAIKOU, CHINA

2017-10-26

Berikut senarai nama 15 pemain dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat skuad bola sepak pantai kebangsaan di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dari 1 hingga 7 November 2017.

 Ia sebagai persiapan skuad kendalian ketua jurulatih Ismail Zakaria itu bagi menghadapi ‘2017 Belt & Road International Beach Soccer Cup’ yang akan berlangsung di Haikou, China dari 10 hingga 12 November ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

32

TERENGGANU

2.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

35

TERENGGANU

3.

MOHD RIDUWAN MOHD NOR

27

TERENGGANU

4.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

23

TERENGGANU

5.

MOHAMMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD

23

TERENGGANU

6.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

19

TERENGGANU

7.

MOHAMAD NORAZMAN A BAKAR

19

TERENGGANU

8.

WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD MANAN

19

TERENGGANU

9.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

24

PAHANG

10.

MOHD NAZRIN NASRUDIN

23

PAHANG

11.

TUN NURHAZFIZ TON KHALID

28

PAHANG

12.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

29

KUALA LUMPUR

13.

MOHD HAFIZ ARBAEN

33

KUALA LUMPUR

14.

KAMARUL HILMI ADENAN

24

KEDAH

15.

ADAM ABD SHUKOR

19

KEDAH

 

Daripada senarai di atas, lapan pemain yang membantu pasukan Malaysia kendalian penolong jurulatih, Mohd Saiful Md Noor menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September lalu telah dikekalkan dengan hanya dua pemain digugurkan iaitu penjaga gol Ajasni Parman dan Aminullah Abd Razab.

 Sementara tujuh muka baharu telah dipanggil bagi kem latihan pusat kali ini terdiri daripada Mohamad Norazman A Bakar dan Wan Muhammad Syarif Wan Abd Manan (Terengganu), Mohd Nazrin Nasrudin dan Tun Nurhazfiz Ton Khalid (Pahang), Mohd Hafiz Arbaen (Kuala Lumpur) serta Kamarul Hilmi Adenan dan Adam Abd Shukor (Kedah).

 Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan berlepas ke Haikou pada 8 November dan kembali ke tanah air pada 13 November 2017.