SENARAI 15 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN (8 - 17 FEBRUARI 2017)

2017-02-04

Berikut senarai 15 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 8 Februari ini (Rabu) di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

 

  BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

32

TERENGGANU

2.

KHAIRUL AZIZI NORWAWI

32

TERENGGANU

3.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

35

TERENGGANU

4.

MOHD RIDUWAN MOHD NOR

27

TERENGGANU

5.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

23

TERENGGANU

6.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

19

TERENGGANU

7.

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD

35

TERENGGANU

8.

MOHD ROZAIRI AHMAD

30

TERENGGANU

9.

MOHD HASROL ALI

29

TERENGGANU

10.

MOHAMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD

23

TERENGGANU

11.

AJASNI PARMAN

44

KUALA LUMPUR

12.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

29

KUALA LUMPUR

13.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

24

PAHANG

14.

MUHAMAD AMINULLAH ABD RAZAB

25

PAHANG

15.

MOHD JAMIL DAUD

31

KELANTAN

 

Ia sebagai persiapan awal skuad Harimau Malaysia untuk menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai ‘Thailand 5’ 2017 di Bangkok, Thailand dari 11 hingga 17 Februari 2017 yang disertai 4 pasukan; Thailand, Jepun, Hungary dan Malaysia.

 Senarai 12 pemain dipilih Ismail akan diumumkan dan mereka akan berlepas ke Bangkok pada 11 Februari ini.

 

KOMEN KETUA JURULATIH BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN, ISMAIL ZAKARIA

“Daripada pemerhatian saya (pada kem latihan pusat bulan lepas), setelah 9 tahun meninggalkan bola sepak pantai, saya dapat lihat banyak peningkatan terutamanya dari segi teknik pemain-pemain.

“Saya akan membawa 12 pemain ke Bangkok nanti manakala tiga pemain lagi akan diletakkan di senarai bersedia. Saya berharap pemain-pemain akan mengambil peluang ini sebaik mungkin dan membuktikan kemampuan mereka.

“Kejuaraan ‘Thailand 5’ ini adalah untuk saya menilai aksi para pemain di peringkat antarabangsa sebelum saya memilih skuad akhir ke Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017, bulan depan.”