2017-01-10
Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 18 Januari ini (Rabu).
Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun ini.
BIL. |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
24 |
MPSJ FC |
2. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
26 |
MPSJ FC |
3. |
STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH |
29 |
MPSJ FC |
4. |
NAZIRATUL AMIRA AHMAD NAZRI |
29 |
MPSJ FC |
5. |
NORHIDAYAH MOHD AMIN |
30 |
MPSJ FC |
6. |
SITI AZNIDAH ZAMRI |
18 |
SELANGOR |
7. |
ZUR’AIN KAMARUDIN |
20 |
SELANGOR |
8. |
SITY NORAZIZAH JAMAL |
27 |
SELANGOR |
9. |
AMIRAH SARAH MOHD FAHMI |
27 |
SELANGOR |
10. |
NUR IZZATI KHAIRUDIN |
29 |
SELANGOR |
11. |
NUR FADHILAH SHAIK SHAHARUDDIN |
22 |
FELDA UNITED |
12. |
FARAHIYAH MUHD RIDZUAN |
24 |
FELDA UNITED |
13. |
NORHAWA MD YASIN |
24 |
FELDA UNITED |
14. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
25 |
FELDA UNITED |
15. |
ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN |
28 |
FELDA UNITED |
16. |
FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ |
29 |
FELDA UNITED |
17. |
NOORASYIEMAH MOHD RASHID |
23 |
PERAK |
18. |
NURALIN SHAFIKA OMAR |
26 |
KEDAH |
19. |
NOR FAIZAH MD AKHIR |
22 |
UM |
20. |
NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI |
25 |
UTHM |
Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 16 pemain dikekalkan daripada skuad 20 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini. Empat muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Felda United), Amirah Sarah Mohd Fahmi (Selangor), Siti Aznidah Zamri (Selangor) dan Steffi Sarge Sergeant Singh (MPSJ FC).
Sementara itu, empat pemain - Noor Asyikin Mohamad Noor (Felda United), Nur Syuhadah Kamarudzaman (MPSJ FC), Nur Madihah Nadzari (Kedah) dan Fasrina Amira Amir Hamzah (Negeri Sembilan) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.
Kem latihan pusat Fasa 3 ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 18 Januari hingga 27 Januari 2017 di KSL Sports Puchong.
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA, MOHD FAIRUZ MOHD NOOR
“Alhamdulillah, saya lihat peningkatan yang ketara daripada pemain-pemain di kem latihan pusat Fasa 2 berbanding Fasa 1; dari aspek keserasian bermain bersama. Walaubagaimanapun,masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi menyerang dan bertahan.
“Bermula daripada kem latihan pusat kali ini, fokus saya lebih menjurus kepada membentuk pasukan yang kuat untuk menghadapi Sukan SEA dan bukan untuk mencuba muka-muka baharu.
“Bagi saya, dia (Steffi Sarge Kaur) merupakan seorang pemain futsal wanita yang bagus dan pengalamannya pasti dapat membantu pasukan kita.”