SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT MENJELANG KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFF 2018 DI BALI

2018-10-30

Berikut senarai nama 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Wan Adremy Indera Wan Adnan untuk menghadiri kem latihan pusat di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dari 3 hingga 15 November 2018. 

Ia sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2018 yang akan berlangsung di Bali, Indonesia dari 17 hingga 24 November ini.


BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

33

TERENGGANU

2.

KHAIRUL AZIZI NORWAWI

33

TERENGGANU

3.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

36

TERENGGANU

4.

MOHD RIDUWAN MOHD NOR

28

TERENGGANU

5.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

24

TERENGGANU

6.

MOHAMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD

24

TERENGGANU

7.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

20

TERENGGANU

8.

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD

36

TERENGGANU

9.

MOHAMAD NORAZMAN A.BAKAR

20

TERENGGANU

10.

MOHD HASROL ALI

30

TERENGGANU

11.

WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD. WANAN

20

TERENGGANU

12.

ABDUL HARITH ISKANDAR IBRAHIM

18

TERENGGANU

13.

MUHAMMAD ASHREY MAT GHANI

20

TERENGGANU

14.

ABDULLAH MOHAMED NOR

34

TERENGGANU

15.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

25

PAHANG

16.

MOHD NAZRIN NASRUDIN

24

PAHANG

17.

MOHD AFIQ ABD RAHMAN

27

PAHANG

18.

MOHD JAMIL DAUD

32

KELANTAN

19.

MOHD HAFIZ ARBAEN

34

KUALA LUMPUR

20.

AZRUL BAHAR

22

KEDAH

 

Selepas hampir dua minggu di kem latihan pusat, skuad bola sepak pantai kebangsaan akan berlepas ke Bali, Indonesia pada 16 November dan kembali ke tanah air pada 25 November 2018. 

Hanya lima pasukan akan menyertai edisi tahun ini, iaitu tuan rumah, Indonesia, Malaysia, Timor Leste, Thailand dan Vietnam. Malaysia akan turun sebagai juara bertahan selepas berjaya memenangi saingan edisi 2014 yang diadakan di Teluk Cempedak, Pahang. 

Dalam edisi tersebut, Malaysia mengalahkan Myanmar 6-3, Filipina 8-1 dan kalah kepada Laos 2-4 dalam peringkat kumpulan sebelum mengalahkan Thailand 3-2 dalam aksi separuh akhir dan Vietnam 6-4 dalam perlawanan akhir.