SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE PIALA SUZUKI AFF 2018

2018-11-04

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 dari 8 November hingga 15 Disember 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

FARIZAL MARLIAS

32

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

31

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

ADAM NOR AZLIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

SYAMER KUTTY ABBA

21

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SAFAWI RASID

21

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

AHMAD HAZWAN BAKRI

27

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

SYAFIQ AHMAD

23

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

25

PENJAGA GOL

PERAK

9.

SHAHRUL SAAD

25

PERTAHANAN

PERAK

10.

AMIRUL AZHAN AZNAN

25

PERTAHANAN

PERAK

11.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

25

PERTAHANAN

PERAK

12.

KENNY PALLRAJ

25

TENGAH

PERAK

13.

AKRAM MAHINAN

25

TENGAH

KEDAH

14.

SYAZWAN ZAINON

29

SAYAP

KEDAH

15.

AKHYAR RASHID

19

SAYAP

KEDAH

16.

ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

31

PENYERANG

KUALA LUMPUR

17.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

18.

IRFAN ZAKARIA

23

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

19.

MOHAMADOU SUMAREH

24

SAYAP

PAHANG

20.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

32

PENYERANG

PAHANG

21.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

PENJAGA GOL

MELAKA UNITED

22.

SYAHMI SAFARI

20

PERTAHANAN

SELANGOR

23.

SHAHREL FIKRI MD FAUZI

24

PENYERANG

NAKHON RATCHASIMA

 

Seramai 26 pemain sebelum ini telah dipanggil bagi mengikuti kem latihan pusat terakhir menjelang Piala Suzuki AFF 2018 yang bermula pada 24 Oktober lalu.

Selepas perlawanan persahabatan antarabangsa “A” terakhir bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi yang berkesudahan Malaysia menang 3-0, Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain,

Mereka adalah pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT) serta dua pemain tengah, Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Azzizan Nordin (Sabah).

Daripada senarai akhir 23 pemain bagi edisi 2018 ini, lapan pemain berada dalam skuad Harimau Malaya pada edisi 2016 sebelum ini iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zainon, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Bagi saingan Kumpulan A, Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Bukit Jalil pada 12 November.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam pada 16 November dan mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Bukit Jalil pada 24 November.

Jika Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember bagi aksi pertama dan pada 5 dan 6 Disember bagi aksi kedua.

Final secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Sepanjang 11 edisi sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali muncul juara pada edisi 2010 ketika Cheng Hoe menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal.

Hanya dua pemain dari skuad juara 2010 itu masih kekal dalam skuad edisi 2018 ini iaitu Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan yang bakal mencipta sejarah beraksi lima edisi berturut Piala Suzuki AFF.