SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017 BERMULA 29 MEI

2017-05-24

Berikut senarai 26 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 29 Mei hingga 23 Jun sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand pada Julai ini dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Ogos depan.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

22

TENGAH

KEDAH

2.

SYAFIQ AHMAD

22

PENYERANG

KEDAH

3.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

4.

ARIFF FARHAN MD ISA

21

PERTAHANAN

KEDAH

5.

S KUMAAHRAN

21

PENYERANG

PULAU PINANG

6.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PULAU PINANG

7.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

PULAU PINANG

8.

SYAHMI SAFARI

19

PERTAHANAN

SELANGOR

9.

ADAM NOR AZLIN

21

TENGAH

SELANGOR

10.

K KANNAN

21

PERTAHANAN

SELANGOR

11.

ALI IMRAN ALIMI

19

PERTAHANAN

FELDA UNITED

12.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

FELDA UNITED

13.

AHMAD AZRIDDIN ROSLI

22

TENGAH

FELDA UNITED

14.

SAFAWI RASID

20

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

15.

HAZIQ NADZLI

19

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

16.

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

21

PENJAGA GOL

KELANTAN

17.

DANIAL ASHRAF ABDULLAH

20

PENYERANG

KELANTAN

18.

NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

22

TENGAH

SARAWAK

19.

TOMMY MAWAT BADA

21

TENGAH

SARAWAK

20.

N THANABALAN

22

PENYERANG

FELCRA FC

21.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

22.

AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI

22

TENGAH

PERAK

23.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM II

24.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PKNP FC

25.

AMIERUL HAKIMI AWANG

22

PENJAGA GOL

TERENGGANU

26.

MOHAMAD RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

21

PERTAHANAN

PJ RANGERS FC

 

Ini merupakan panggilan sulung oleh Kim Swee, bekas ketua jurulatih kebangsaan yang dilantik sebagai pengendali baharu skuad Projek Sukan SEA 2017 yang sebelum ini dikendalikan jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt.

Seramai 17 pemain daripada skuad 23 pemain ke Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 kendalian Bernhardt di Dubai, UAE pada Mac lalu telah dikekalkan oleh Kim Swee untuk kem latihan pusat kali ini.

 Sementara sembilan lagi pemain terdiri daripada muka baharu atau mereka yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu Amirul Hisyam Awang Kechik, Ariff Farhan Md Isa, K Kannan, Ali Imran Alimi, Danial Amier Norhisham, Ahmad Azriddin Rosli, Tommy Mawat Bada, Amierul Hakimi Awang dan Raphi Azizan Mariappen.

 Selepas menjalani latihan di Wisma FAM selama 10 hari bermula 29 Mei, skuad Projek Sukan SEA akan terbang ke Xiangtan, China pada 8 Jun untuk menghadapi perlawanan persahabatan pertama menentang skuad B-22 China pada 10 Jun.

 Kemudian mereka akan terbang pula ke Guangzhou, China pada 11 Jun untuk baki dua lagi aksi persahabatan bertemu skuad simpanan Guangzhou R&F pada 13 Jun dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande pada 15 Jun sebelum terbang pulang ke tanah air pada 16 Jun.

 Mereka akan menyambung kem latihan di Wisma FAM dari 17 Jun hingga 23 Jun sebelum dilepaskan pulang ke pasukan masing-masing.

 Bagi saingan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok dari 19 hingga 23 Julai ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan H bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia.

 Sementara temasya Sukan SEA 2017 pula akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 14 Ogos depan bagi acara bola sepak.

 

* KEMAS KINI: 1 JUN 2017

Tiga pemain baharu dipanggil iaitu Muhammad Irfan Zakaria, 22, (Kuala Lumpur), Sean Eugene Selvaraj, 21, (Negeri Sembilan) dan L Kalaiharasan, 21, (Negeri Sembilan) bagi menggantikan tiga pemain yang cedera iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Ahmad Azriddin Rosli (Felda United)

 

KEMAS KINI: 16 JUN 2017

Setibanya di KLIA Sepang dari Guangzhou, China, dua pemain telah digugurkan iaitu L Kalaiharasan (Negeri Sembilan) dan Ali Imran Alimi (Felda United). Bagi melengkapkan senarai 24 pemain, empat pemain yang tidak dibawa ke China kerana kecederaan telah dipanggil semula untuk baki kem latihan pusat sehingga 22 Jun iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Ariff Farhan Md Isa (Kedah) dan Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers).