SENARAI 26 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA UNTUK KEM FASA AKHIR MENJELANG PIALA SUZUKI AFF 2016

2016-10-21

Berikut senarai 26 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat fasa akhir skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa ini, 25 Oktober 2016 sebagai persiapan menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dari 19 November hingga 17 Disember 2016.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

SHAHRUL MOHD SAAD

23

TENGAH

PERAK

2.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

23

PERTAHANAN

PERAK

3.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

23

PENJAGA GOL

PERAK

4.

MOHAMAD NASIR BASHARUDIN

26

TENGAH

PERAK

5.

MOHD IRFAN FAZAIL

25

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM II

6.

MOHAMAD ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

29

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM II

7.

DARREN LOK

26

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM II

8.

MOHD AMRI YAHYAH

35

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM

9.

MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

10.

MOHD SAFEE MOHD SALI

32

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM

11.

AHMAD FAKRI SAARANI

27

TENGAH

FELDA UNITED

12.

MUHAMMAD HADIN AZMAN

22

TENGAH

FELDA UNITED

13.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

27

PENJAGA GOL

KELANTAN

14.

RONNY HARUN

32

PERTAHANAN

SARAWAK

15.

MATTHEW THOMAS DAVIES

21

PERTAHANAN

PAHANG

16.

AHMAD KHUZAIMI PIEE

23

PERTAHANAN

MELAKA

17.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

19

TENGAH

T-TEAM

18.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

30

PENYERANG

TERENGGANU

19.

BADDROL BAKHTIAR

28

TENGAH

KEDAH

20.

MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

24

PERTAHANAN

KEDAH

21.

MOHD SYAZWAN ZAINON

27

TENGAH

KEDAH

22.

KHAIRUL HELMI JOHARI

28

PERTAHANAN

KEDAH

23.

MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM

31

PERTAHANAN

SELANGOR

24.

MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

27

PENJAGA GOL

SELANGOR

25.

AHMAD HAZWAN BAKRI

25

PENYERANG

SELANGOR

26.

VEENOD A/L SUBRAMANIAM

28

TENGAH

SELANGOR

 

Hanya seorang pemain baharu dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini iaitu penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Safee Mohd Sali yang kembali tersenarai untuk memperkuatkan jentera serangan Harimau Malaysia. Pemain berusia 32 tahun itu pernah memenangi anugerah kasut emas selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 dengan 5 gol.

 Selebihnya baki 25 pemain lain adalah dari kalangan 30 pemain yang telah dipanggil Kim Swee pada kem latihan pusat sebelum ini iaitu bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa “A” bertemu Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober lalu (seri 0-0) dan Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober (seri 1-1).

 Lima pemain yang telah digugurkan untuk kem latihan pusat terakhir ini terdiri daripada dua pemain PDRM, Abdul Latiff Suhaimi dan Fakrul Aiman Sidid serta Adam Nor Azlin (Selangor), Fazrul Hazli Kadri (Perak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT).

 Seramai 18 pemain daripada senarai di atas diminta untuk melaporkan diri pada 25 Oktober manakala baki 8 pemain yang terlibat dengan Final Piala Malaysia 2016 antara Selangor dan Kedah pada 30 Oktober perlu melapor diri pada Selasa, 1 November 2016.

 Seterusnya barisan 26 pemain skuad Harimau Malaysia itu akan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari 2 hingga 4 November bagi kem bina semangat sebelum kembali meneruskan kem latihan di Wisma FAM pada 5 November termasuk menghadapi satu perlawanan antarabangsa “A” bertemu pasukan ranking ke-159 dunia, Papua New Guinea di Stadium Shah Alam pada Isnin, 14 November 2016.

 Selepas itu, senarai 23 pemain terakhir dipilih Kim Swee akan diumumkan dan mereka dijadual berlepas ke Yangon, Myanmar pada 16 November untuk menghadapi saingan Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2016 bertemu pasukan juara pusingan kelayakan pada 20 November, Vietnam pada 23 November dan tuan rumah, Myanmar pada 26 November dengan kesemua aksi berlangsung di Stadium Thuwunna YTC.

 Perlawanan separuh akhir pertama dijadual pada 3 dan 4 Disember, separuh akhir kedua pada 7 dan 8 Disember diikuti perlawanan akhir pertama pada 14 Disember dan perlawanan akhir kedua pada 17 Disember dengan kesemuanya berlangsung secara timbal balik di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan pasukan-pasukan terlibat.

 Malaysia yang pernah sekali bergelar juara Piala Suzuki AFF pada tahun 2010 ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 tetapi skuad kendalian Dollah Salleh itu tewas 4-3 menerusi agregat kepada juara empat kali, Thailand.

 

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE

"Tiada perubahan daripada senarai pemain sebelum ini kecuali satu penambahan iaitu Safee Sali di mana dia disenaraikan untuk memperkuatkan barisan serangan kita terutama pengalaman dan reputasi dimilikinya, bukan saja dalam padang tetapi mampu membimbing pemain-pemain muda lain seperti Ahmad Hazwan Bakri di bahagian serangan.

 "Biarpun kita tahu Safee jarang beraksi bersama kelabnya, tapi kita mempunyai tempoh dua minggu latihan pusat di mana jadual latihan yang padat ini sudah tentu memberi ruang untuk saya memperbaiki segala kelemahan yang ada bukan saja pada Safee tetapi pemain-pemain lain.

 "Saya memilih untuk mengekalkan pemain lain yang sedia ada dalam senarai 30 pemain sebelum ini kerana tiada masa lagi untuk saya mengenalpasti pemain-pemain lain. Ini adalah senarai terakhir sebelum tiga pemain akan digugurkan sebelum kita ke Yangon.

 "Kita akan berlepas ke Yangon lebih awal iaitu pada 16 November kerana saya mahu mendapatkan rentak latihan di sana.

 "Daripada apa yang kita nilaikan dan banyak aspek yang saya lihat, senarai 26 pemain ini adalah yang terbaik di mana lima pemain yang telah digugurkan itu berada dalam senarai bersedia jika terdapat pemain yang cedera.

 "Memang sukar untuk saya membuat pemilihan bagi senarai 26 pemain ini tetapi saya terpaksa melakukannya untuk mendapatkan yang terbaik di posisi-posisi tertentu.

 "Latihan akan diadakan seperti biasa bermula 25 Oktober ini dan banyak yang saya boleh lakukan bersama 18 pemain yang melapor diri awal ini berbanding tempoh hari apabila saya hanya ada 10 pemain yang melapor diri awal.

 "Pastinya kem bina semangat di Port Dickson selama tiga hari dari 2 hingga 4 November itu cukup penting di mana ia akan dapat membentuk semangat berpasukan tinggi di kalangan pemain. Tiada satu pun latihan di padang sepanjang tiga hari berkenaan dan latihan akan disambung semula pada 5 November.

 "Bagi saya, satu perlawanan persahabatan mencukupi memandangkan tempoh masa yang terhad ini. Saya ingin menumpukan kepada sesi latihan dan satu perlawanan ini penting untuk saya membentuk corak permainan sebelum kita memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2016."