SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA AKHIR SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017

 

2017-08-03

Berikut senarai 27 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat fasa akhir skuad Projek Sukan SEA 2017 itu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 6 Ogos sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

22

TENGAH

KEDAH

2.

AKHYAR RASHID

18

PENYERANG

KEDAH

3.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

4.

SYAFIQ AHMAD

22

PENYERANG

KEDAH

5.

ARIFF FARHAN MD ISA

21

SAYAP

KEDAH

6.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PULAU PINANG

7.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

PULAU PINANG

8.

S KUMAAHRAN

21

PENYERANG

PULAU PINANG

9.

HAZIQ NADZLI

19

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

SAFAWI RASID

20

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

11.

DOMINIC TAN

20

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

12.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

13.

N THANABALAN

22

PENYERANG

FELCRA FC

14.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

SELANGOR

15.

SYAHMI SAFARI

19

SAYAP

SELANGOR

16.

MATTHEW DAVIES

22

SAYAP

PAHANG

17.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

18.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

FELDA UNITED

19.

AHMAD AZRIDDIN ROSLI

22

TENGAH

FELDA UNITED

20.

IRFAN ZAKARIA

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

21.

RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

21

PERTAHANAN

PJ RANGERS FC

22.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PKNP FC

23.

DANIAL ASHRAF ABDULLAH

20

TENGAH

KELANTAN

24.

SEAN EUGENE SELVARAJ

21

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN

25.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM II

26.

AMIERUL HAKIMI AWANG

22

PENJAGA GOL

TERENGGANU

27.

TOMMY MAWAT BADA

21

SAYAP

SARAWAK

 

Empat pemain daripada skuad 22 pemain ke Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand, bulan lalu telah digugurkan Kim Swee untuk kem latihan kali ini iaitu penjaga gol Ahmad Solehin Mamat (Kuala Lumpur), L Kalaiharasan dan Fauzan Fauzi (Negeri Sembilan) serta Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak).

 Bagi melengkapkan senarai 27 pemain, Kim Swee telah memanggil semula lima pemain yang pernah bersama ketika siri latihan dan perlawanan persahabatan di China pada 8 hingga 16 Jun lalu iaitu Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (JDT) serta Tommy Mawat Bada (Sarawak).

 Turut tersenarai, tiga pemain yang buat pertama kalinya bakal menyertai kem latihan pusat skuad B-22 kebangsaan sejak di bawah kendalian Kim Swee iaitu Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih dari Pahang serta Dominic Tan dari JDT.

 Seorang lagi pemain ialah Ahmad Azriddin Rosli dari Felda United yang pernah dipanggil untuk kem latihan pusat pada 29 Mei lalu tetapi digugurkan kerana mengalami kecederaan.

 Selepas berkumpul untuk kem latihan pusat fasa akhir bermula Ahad ini, senarai akhir 20 pemain untuk beraksi pada Sukan SEA 2017 dijangka diumumkan Kim Swee pada 12 Ogos ini.

 Skuad B-22 kebangsaan bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei pada 14 Ogos diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos). Kesemua perlawanan berkenaan di Stadium Shah Alam, sepak mula jam 8.45 malam.

 Separuh akhir dijadual pada 26 Ogos manakala aksi final pada 29 Ogos.

KREDIT FOTO: ASIANA.MY

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017, DATUK ONG KIM SWEE

"Ini merupakan barisan terbaik yang dapat saya kumpulkan kecuali terpaksa menggugurkan Beto (Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak) yang didapati tidak sempat cergas sepenuhnya menjelang Sukan SEA 2017 ini.

 "Bagi saya, senarai 27 pemain ini merupakan barisan pemain yang lebih baik berbanding skuad 22 pemain ketika kita ke Bangkok bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018, tempoh hari.

"Apabila kem latihan bermula Ahad ini, saya mempunyai lebih kurang seminggu sesi latihan sebelum saya memutuskan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan pada 12 Ogos.

 "Saya akan menggunakan tempoh seminggu ini untuk menilai 27 pemain ini bagi memastikan setiap posisi itu harus mempunyai pemain utama dan pemain pengganti kerana kita tahu yang jadual Sukan SEA 2017 begitu padat.

 "Jadi saya perlu memikirkan dari segi kecergasan pemain di mana 20 pemain yang akan dipilih nanti perlu bersedia untuk diturunkan pada setiap perlawanan jika kita layak sehingga ke final.

 "Bagi kem latihan kali ini, saya dapat menyenaraikan Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih, selain memanggil Dominic Tan dan juga Ahmad Azriddin Rosli.

 "Matthew dan Nor Azam pernah bersama saya ketika saya mengendalikan skuad Sukan SEA 2015 di Singapura, cuma Nor Azam digugurkan pada saat akhir.

 "Jadi bagi saya, tiada masalah untuk pemain-pemain ini membentuk keserasian dengan pemain sedia ada lain termasuk Dominic yang pernah bersama skuad B-22 sebelum ini ketika di bawah kendalian Frank Bernhardt.

 "Yang penting, pemain-pemain baharu ini perlu berusaha merebut tempat dan pada masa yang sama sedia untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan pemain lain."