SENARAI AKHIR 14 PEMAIN KE KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFF 2018 DI BALI

2018-11-16

Berikut senarai akhir nama 14 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Wan Adremy Indera Wan Adnan untuk menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2018 yang akan berlangsung di Bali, Indonesia dari 17 hingga 24 November ini.

 

BIL

NAMA

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

2.

AZRUL AZHAR

3.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

4.

MOHD RIDUWAN MOHD NOOR

5.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

6.

MUHAMAD AMINULLAH ABD RAZAB

7.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

8.

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD

9.

MOHAMAD NORAZMAN A.BAKAR

10.

MOHD HASROL ALI

11.

WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD. WANAN

12.

ABDULLAH MOHAMED NOOR

13.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

14.

MOHD HAFIZ ARBAEN

 

Hanya lima pasukan akan menyertai edisi tahun ini, iaitu tuan rumah, Indonesia, Malaysia, Timor Leste, Thailand dan Vietnam.

Skuad kendalian Wan Adremy Indera akan membuka kempen Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2018 menentang Vietnam pada 18 November 2018 (Ahad, 4.45 petang) diikuti aksi menentang Timor-Leste pada 19 November 2018 (Isnin, 3.30 petang), Thailand pada 20 November 2018 (Selasa, 3.30 petang) dan tuan rumah, Indonesia pada 21 November 2018 (Rabu, 3.30 petang).

Selepas empat pusingan perlawanan, pasukan di kedudukan ketiga dan keempat kumpulan akan berentap untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. Sementara,  dua pasukan teratas akan bermain di perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan dijadualkan berlangsung pada 24 November 2018, Sabtu, jam 3.30 petang (perlawanan penentuan ketiga-keempat) dan jam 4.45 petang (perlawanan akhir).

Malaysia akan turun sebagai juara bertahan selepas berjaya memenangi saingan edisi 2014 yang diadakan di Teluk Cempedak, Pahang. 

Skuad bola sepak pantai kebangsaan yang telah berlepas ke Bali, Indonesia pagi tadi (16 November), akan kembali ke tanah air pada 25 November 2018.