SENARAI AKHIR 20 PEMAIN SKUAD B-23 KEBANGSAAN KE SUKAN ASIA 2018 DI JAKARTA & PALEMBANG, INDONESIA

2018-08-12

Berikut senarai akhir 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi mewakili skuad Malaysia B-23 dalam acara bola sepak lelaki pada Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 15 Ogos hingga 1 September 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

20

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

DOMINIC TAN

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

22

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SYAFIQ AHMAD

23

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

ADIB ZAINUDIN

23

JOHOR DARUL TA’ZIM II

7.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

18

JOHOR DARUL TA’ZIM II

8.

BADDROL BAKHTIAR *

30

KEDAH

9.

RIZAL GHAZALI *

26

KEDAH

10.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

22

KEDAH

11.

AKHYAR RASHID

19

KEDAH

12.

IRFAN ZAKARIA

23

KUALA LUMPUR

13.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

KUALA LUMPUR

14.

FAISAL ABDUL HALIM

20

PAHANG

15.

KOGILESWARAN RAJ

20

PAHANG

16.

DANIAL AMIER NORHISHAM

21

FELDA UNITED

17.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

19

KELANTAN

18.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

23

PERAK

19.

TOMMY MAWAT BADA

22

PJ RANGERS FC

20.

SYAHMI SAFARI

20

SELANGOR

 

Daripada senarai 22 pemain yang dibawa ke Changzhou, China bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Ogos lalu yang berkesudahan Malaysia B-23 tewas tipis 2-1 kepada China B-23, Kim Swee terpaksa menggugurkan penyerang Negeri Sembilan, N Thanabalan selepas ujian MRI pada 9 Ogos mendapati kecederaan lututnya memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih.

Selepas menyenaraikan 21 pemain bagi perlawanan persahabatan bertemu UAE B-23 di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu berkesudahan Malaysia B-23 menang 2-0, Kim Swee akhirnya membuat keputusan mengumumkan senarai akhir 20 pemain, hari ini dengan dua pemain iaitu penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil dan pemain pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie digugurkan sementara penyerang JDT II, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari sesi trial di Jepun kembali tersenarai.

Dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, dan Rizal Ghazali, 26, mengisi kuota tiga pemain lebih umur 23 tahun yang dibenarkan. Baddrol dilantik sebagai ketua pasukan bagi skuad Sukan Asia 2018 ini. Satu lagi slot tidak dapat diisi kerana dua lagi pemain senior yang turut didaftarkan dalam senarai awal 30 pemain sebelum ini iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) dan Shahrul Saad (Perak) mengalami kecederaan.

Skuad B-23 kebangsaan akan berlepas ke Jakarta, Indonesia pada Isnin, 13 Ogos 2018, jam 4.10 petang dan terus ke hotel penginapan di Bandung.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen bertemu Republik Kyrgyz pada 15 Ogos dan Republik Korea pada 17 Ogos, kedua-dua perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung sebelum aksi terakhir kumpulan berdepan Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada 20 Ogos.

Jika berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan E atau berada dalam kalangan empat pasukan di tempat ketiga kumpulan terbaik, Malaysia akan layak ke pusingan kedua kalah mati yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos.

Seterusnya perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 27 Ogos diikuti separuh akhir pada 29 Ogos dan final pada 1 September.

 

KEMAS KINI 13 OGOS 2018:

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa membuat pertukaran saat akhir sebelum skuad bola sepak Sukan Asia 2018 berlepas ke Jakarta, Indonesia apabila menggugurkan pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham, 21, kerana kecederaan.

Bagi melengkapkan senarai akhir 20 pemain pasukan Malaysia B-23 ke Sukan Asia 2018 itu, Kim Swee memasukkan semula nama pemain pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie, 22, yang terdahulu digugurkan ketika senarai pemain diumum pada 12 Ogos 2018.