SIARAN MEDIA: YAKULT DIUMUM SEBAGAI MINUMAN PROBIOTIK RASMI FAM

2017-12-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat ‘durian runtuh’ apabila menandatangani perjanjian penajaan dengan Yakult Malaysia yang menyaksikan Yakult menjadi minuman probiotik rasmi FAM selama tiga tahun bermula Januari 2018.

Perjanjian ini telah diumumkan oleh Presiden FAM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Penajaan selama tiga tahun oleh Yakult Malaysia yang bernilai RM3.9 juta itu akan bermula dari Januari 2018 sehingga Disember 2020.  Penajaan ini termasuk tajaan minuman susu kultur probiotik Yakult Ace dan Yakult Ace Light bernilai RM200,000 setiap tahun. Ini adalah kali pertama dalam sejarah FAM melantik minuman probiotik rasmi.

Presiden FAM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan bahawa penajaan ini sangat dialu-alukan dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada FAM tetapi juga kepada pemain-pemain pasukan bola sepak kebangsaan dari segi kesihatan yang diharap dapat meningkatkan prestasi keseluruhan mereka.

“Kami berharap tajaan ini menjadi titik permulaan kerjasama jangka panjang yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak, FAM dan juga Yakult Malaysia, dengan matlamat untuk memajukan sukan bola sepak di kalangan peminat-peminat sukan bola sepak di Malaysia di samping menggalakkan gaya hidup sihat,” kata Presiden FAM.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, “Kami berbangga dinamakan sebagai minuman probiotik rasmi FAM. Bermula Januari 2018, untuk setiap botol Yakult yang dijual, kami akan menyumbang 1 sen kepada FAM. Kami berharap semua orang akan bersama-sama kami untuk menyumbang dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan dalam usaha mereka untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, seterusnya menggapai impian untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia suatu hari kelak.”

“Kerjasama ini mungkin satu kejutan bagi sesetengah pihak kerana manfaat probiotik untuk kesihatan atlet jarang dipertengahkan. Yakult telah dibuktikan melalui kajian saintifik membantu mengurangkan risiko jangkitan selesema di kalangan atlet yang sedang menjalani latihan secara intensif. Ia membantu memperkukuhkan daya ketahanan badan yang menjadi lemah disebabkan oleh tekanan fizikal daripada latihan yang berat. Dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit, diharapkan pemain bola sepak kebangsaan kita mampu mengekalkan kesihatan dan kecergasan pada tahap yang optimum agar dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan mereka,” tambahnya.

 

------

 

YAKULT ANNOUNCED AS OFFICIAL PROBIOTIC DRINK OF FAM

 

The Football Association of Malaysia (FAM) secured itself a sizeable bonanza when it signed a sponsorship deal with Yakult Malaysia which will see the latter appointed as the official probiotic drink of FAM for three years running starting from January 2018.

The deal was announced by FAM President HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim and Hiroshi Hamada, the Managing Director of Yakult Malaysia, at FAM headquarters here today.

The three-year sponsorship, which is valued at RM3.9 million and starts from January 2018, will last until December 2020. It will include product sponsorship of the Yakult Ace and Yakult Ace Light probiotic cultured milk drinks worth RM200,000 per year. This is the first time in its history FAM has appointed an official probiotic beverage as one of its sponsors.

The FAM president reiterated that the sponsorship is very much welcomed and will benefit not only FAM but also help maintain the health of the national football team players and, hopefully, see an improvement in their overall performance.

"We hope this sponsorship will be the start of a long-term relationship which will benefit FAM and Yakult Malaysia with the hope of giving football a big lift among the Malaysian fans and also encourage a healthy lifestyle,” said the FAM president.

Yakult Malaysia Managing Director, Hiroshi Hamada said: "We are proud to be named as FAM’s official probiotic beverage of choice. Starting from January 2018, for every bottle of Yakult purchased, we will contribute one sen to FAM. We hope everyone will join us to contribute and support our national football teams as they strive to make their mark in the global arena, perhaps even to qualify for The World Cup Finals one day in the future.

“This collaboration may come as a surprise to some because the benefits of probiotics for athletes’ health is not widely known. Yakult has been shown, through scientific research, to help reduce the risk of athletes catching a cold while in intense training. It works by increasing the body's immunity which is reduced due to the physical stress of tough training. By reducing the risk of infection to any sickness, our footballers will, hopefully, be able to maintain their health and fitness at optimal level and perform their best in all matches,” he added.