SKUAD BOLA SEPAK KEBANGSAAN AKAN KEMBALI MENGGUNAKAN NAMA HARIMAU MALAYA

2017-04-03

Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

 Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak.

 Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

 Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

--------

 

NATIONAL TEAM TO REUSE HARIMAU MALAYA NAME

 

The national team will reuse the Harimau Malaya name in accordance with its original name since its formation.

 The change of name has been decreed by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, as President of the Football Association of Malaysia (FAM).

 It is also in line with the request of many fans to reuse the name based on various historic moments created by the national team during its glory days.

 Therefore the official Harimau Malaysia website will be shut down immediately and all the latest info about Malaysian football will be updated on the FAM's official website.

 May the reuse of the Harimau Malaya name shine a new light on Malaysian football development in the long run.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Secretary-General of the Football Association of Malaysia (FAM)

 

Demi Bola Sepak Tanah Air

#HarimauMalaya

#TheRealHarimauMalaya

#RevolusiFAM

#EraBaharu