SUKAN ASIA 2018: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA REPUBLIK KOREA, KYRGYZSTAN & BAHRAIN

2018-07-05

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam Kumpulan E bersama Republik Korea, Kyrgyzstan dan Bahrain pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Acara bola sepak Sukan Asia 2018 disertai 24 pasukan yang dibahagi kepada 6 kumpulan.

Juara dan naib juara kumpulan (12 pasukan) serta 4 pasukan terbaik tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kedua kalah mati dan disusuli suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Pertandingan dijadual berlangsung dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.

KEMAS KINI 25 JULAI 2018: Undian membabitkan tambahan dua pasukan, UAE dan Palestin telah diadakan di AFC House, Bukit Jalil yang menyaksikan UAE telah diundi masuk ke Kumpulan E manakala Palestin ke Kumpulan A untuk kedua-dua kumpulan ini disertai lima pasukan berbanding Kumpulan B, C, D dan F yang hanya disertai empat pasukan. Sepak mula diawalkan ke 10 Ogos 2018 bagi kumpulan yang dianggotai lima pasukan.

KREDIT FOTO: asiana.my