SUKAN SEA 2017: SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA RAIH PINGAT PERAK

2017-08-28

Skuad futsal lelaki kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas tewas 4-3 kepada juara bertahan, Thailand pada perlawanan terakhir dalam format liga sepusingan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, malam tadi.

 Selepas menewaskan Myanmar 5-4, seri 1-1 dengan Vietnam dan membelasah Indonesia 5-0 pada tiga perlawanan awal, Malaysia hanya memerlukan seri untuk meraih pingat emas, namun kekalahan tipis pada perlawanan terakhir itu menyaksikan Thailand meraih pingat emas selepas mengumpul 9 mata, diikuti Malaysia 7 mata dan Vietnam gangsa juga dengan 7 mata. Indonesia keempat dan Myanmar kelima.

 Sementara skuad futsal wanita kebangsaan kendalian Muizzudin Haris terpaksa berpuas hati di tempat keempat daripada lima pasukan selepas menewaskan Myanmar 2-1, tewas kepada Indonesia 2-1, seri dengan Vietnam 1-1 sebelum dibelasah Thailand 12-0 pada perlawanan terakhir untuk menyaksikan Thailand meraih emas, Vietnam perak dan Indonesia gangsa.

 

SENARAI 16 PEMAIN SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA:

1-Firdaus Razali (PG) (K), 2-Abu Haniffa Hasan, 3-Azri Rahman, 4-Akmarulnizam Idris, 5-Awalluddin Mat Nawi, 6-Ridzwan Bakri, 7-Khairul Effendy Bahrin, 8-Saiful Aula Ahmad, 9-Azwann Ismail, 10-Syed Aizad Daniel Syed Nasir, 11-Awaluddin Hasan, 12-Azrul Hadee Taufiq (PG), 13-Yazid Kamaruzuan, 14-Shamsul Akmar Zamri, 15-Firdaus Ambiah, 16-Syafiq Hamzah (PG).