Skuad B-21 (bawah 21 tahun) kebangsaan kendalian ketua jurulatih, Frank Bernhardt berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Nations Cup 2016 setelah menumpaskan Singapura B-21 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.
Aksi final kejohanan empat penjuru itu akan menyaksikan Malaysia bertemu Thailand tatkala Vietnam akan menentang Singapura pada penentuan tempat ketiga dan keempat, Ahad ini.
FOTO: SIMON YAP