Program sehari ini telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 18hb Mei 2017. Ia turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM diketuai dua Timbalan Presiden, Dato' Sri Subahan Kamal dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Bendahari Dato' Haji Ismail Karim serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Badan Kehakiman dan Pelesenan Kelab.
Sesi taklimat pula telah dipersembahkan oleh Setiausaha Agung, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan penolongnya, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman serta ketua-ketua unit di FAM bagi memberi kefahaman kepada barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mengenai struktur, skop, proses kerja, program terkini dan perancangan setiap unit di sekretariat FAM.