News Archive: August 2013

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa - Malaysia melawan Chonburi FC (Thailand)

Pasukan Kebangsaan Malaysia akan bertemu Pasukan Chonburi FC dari Thailand dalam satu Perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada 16 Julai 2013, hari Selasa jam 9.45malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seterusnya, Pasukan Malaysia dijadualkan bertemu Kelab Chelsea FC pada 21 Julai 2013 di Stadium Shah Alam.

Perlawanan "Play-Off" Piala Malaysia 2013

10 Julai 2013, Rabu, 9.45malam

  1. KL Felda United FC vs KL Pos Malaysia FC (Std Nasional Bukit Jalil)
  2. Negeri Sembilan vs Sabah (Std Shah Alam)

SENARAI NAMA BAGI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DAN PERLAWANAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan untuk Pasukan Bolasepak Kebangsaan sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan Perlawanan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015. Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9,Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:

Playoff Piala Malaysia pada puasa pertama

Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim ini ditentukan pada dua perlawanan playoff, Rabu ini, iaitu hari pertama Ramadan. Ia membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana.

Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan." Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd

Lions XII juara Liga Super

SINGAPURA - Trofi Liga Super menyeberangi Tambak Johor yang disandang oleh Lions XII selepas pasukan itu mengalahkan Felda United 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Selasa (2/7/13).

Turut menyaksikan perlawanan tersebut ialah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato' Hamidin Mohd. Amin.

Meskipun saingan musim ini berbaki satu perlawanan, namun kelebihan empat mata yang dibawa sudah cukup untuk menjamin kejayaan Lions XII yang

Pengadil profesional

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin akan berbincang dengan Jawatankuasa Pengadil tentang perlunya mengadakan pengadil profesional.

Kelantan Mengekalkan Kejuaraan Piala FA 2013

Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Sabtu malam (29 Jun 2013). Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad manjaringkan gol kemenangan pada minit ke-14, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada malam tadi. Untuk rekod, Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan setelah menang pada edisi Final FA 2012.

Perlawanan Piala Presiden 2013 Bil : 229 Di Antara Pasukan SSTMI Melawan Johor

Perlawanan Piala Presiden 2013 Bil : 229 Di Antara Pasukan SSTMI Melawan Johor

Adalah dengan segala hormatnya mengenai perkara di atas dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Ke-17, FAM Bagi Sesi 2010-2014 telah membuat keputusan bahawa Perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada:

Hari Khamis, 4 Julai 2013 jam 4.45 petang di Stadium Mini Sekolah SSTMI, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Audi Q7 untuk pemain terbaik Johor DT

Dua pemain terbaik Johor Darul Takzim (DT) musim ini akan menerima ganjaran masing-masing sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 berharga RM550,000.

Ganjaran yang diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam itu adalah sebagai motivasi tambahan buat pemain Johor DT mempamerkan aksi cemerlang sekali gus menjuarai Piala FA.

Dato' Hamidin dilantik Setiausaha Agung FAM secara rasmi

Tuanku Presiden FAM, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al’-Muadzam Shah telah berkenan melantik YH Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia yang baru secara rasmi hari ini (27 Jun 2013) menggantikan YH Lt Jen Dato’ Azzuddin Bin Ahmad (Bersara).