News Archive: June 2015

Harimau Muda C atasi FK Slovan Levice B19 3-1

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan sulung pada aksi kedua siri perlawanan di Slovakia dengan menundukkan FK Slovan Levice B-19, 3-1 di Stadium FC Vion, Zlate Moravce, malam tadi.

Pasukan B-19 negara menjaringkan gol pendahuluan melalui Mohd Syamer sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Hari 2: Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015

Hari kedua Grand Final Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 merebut Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam, hari ini menyaksikan tiga pasukan wanita berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Malaysia B19 diundi dalam Kumpulan I

Skuad kebangsaan bawah-19 tahun telah diundi dalam Kumpulan I bersama pasukan Korea Utara, China dan Macau bagi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016.

Sebanyak 10 pasukan juara dan 5 pasukan naib juara terbaik setiap kumpulan akan  melangkah ke pusingan akhir kejohanan bersama pasukan tuan rumah, Bahrain yang mendapat kelayakan automatik.

Pusingan Kelayakan akan berlangsung dari 28 September hingga 6 Oktober 2015.

Senarai akhir 23 pemain skuad Harimau Malaya

Berikut adalah senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi perlawanan antarabangsa A bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, Sabtu ini (6 Jun).

 Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan A bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste (11 Jun) dan Palestin (16 Jun), kedua-duanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.