News Archive: May 2016

PIALA PRESIDEN: KELANTAN TERUS UNGGUL, T-TEAM KEMBALI PINTAS PERAK

2016-05-17

Juara bertahan, Kelantan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, ATM pada perlawanan ke-13 saingan Piala Presiden 2016, petang semalam untuk terus kekal di tangga teratas Kumpulan A.

 Sementara bagi saingan Kumpulan B, Perak tewas 3-1 kepada PDRM untuk merelakan tangga teratas kini dirampas semula oleh T-Team yang mudah menundukkan Pulau Pinang 4-1.

PIALA FAM: MISC-MIFA RAPAT JURANG DENGAN FELCRA FC, PKNP FC KEKAL TERATAS

2016-05-16

MISC-MIFA berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu Kumpulan A, Felcra FC setelah menewaskan DYS FC manakala Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) terus kekal di tangga teratas Kumpulan B apabila seri dengan Kelab Bolasepak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI UBES FC) pada saingan Piala FAM 2016, semalam.

PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED TERCICIR MATA

2016-05-16

Dua pasukan teratas Kumpulan A, Kedah dan Sabah sekali lagi tercicir mata apabila mencatat keputusan seri dengan lawan masing-masing pada perlawanan ke-13 saingan Piala Belia 2016, petang semalam, tatkala pendahulu Kumpulan B, Felda United turut mengalami nasib sama.

PIALA PRESIDEN: KELANTAN KEKAL TERATAS, PERAK PINTAS T-TEAM

2016-05-13

Juara bertahan, Kelantan kekal sebagai pendahulu Kumpulan A selepas berjaya meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri pada perlawanan ke-12 saingan Piala Presiden 2016, petang semalam tatkala Perak kini bergelar peneraju baharu Kumpulan B selepas pendahulu sebelum ini, T-Team tumpas di tempat lawan.

PIALA FAM: SG ARA FC LONJAK KE TANGGA KETIGA, PKNP FC TERUS KUASAI CARTA

2016-05-12

Sungai Ara FC melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menumpaskan Shahzan Muda FC tatkala Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) melebarkan penguasaan di tangga teratas carta Kumpulan B apabila menewaskan Kelab Bolasepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) pada saingan Piala FAM 2016, semalam.

SKUAD SOMASUNDRAM SERTAI PIALA BELIA B-16 AIFF 2016 DI GOA, INDIA

2016-05-12

Skuad B-16 negara kendalian jurulatih P Somasundram akan berlepas ke Goa, India pada Khamis, 12 Mei untuk menyertai kejohanan jemputan Piala Belia B-16 Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) 2016 dari 15 hingga 25 Mei ini.

 Kejohanan ini adalah sebagai pemanas badan sebelum India menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 yang dijadual berlangsung dari 15 September hingga 2 Oktober depan.

SENARAI 30 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK WANITA MALAYSIA

2016-05-12

Berikut senarai 30 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad wanita negara, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri sesi latihan pusat pasukan bola sepak wanita Malaysia di Kompleks Sukan Universiti Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah dari 1 Jun hingga 23 Julai 2016.

BIL

NAMA

PIALA BELIA: KEDAH JARAK DUA MATA, FELDA UNITED DIIKAT KL

2016-05-12

Kedah melebarkan sedikit jurang dua mata di tangga teratas Kumpulan A biarpun sekadar seri pada perlawanan ke-12 saingan Piala Belia 2016, petang semalam selepas pencabar terdekat, Sabah tewas tatkala Felda United turut seri tetapi kekal di tangga teratas Kumpulan B.

SENARAI 26 PEMAIN KE LATIHAN PEMILIHAN PUSAT KETIGA (FASA 2) SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017

2016-05-10

Berikut senarai 26 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi Latihan Pemilihan Pusat Ketiga (Fasa 2) skuad Projek Sukan SEA 2017 di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 23 hingga 25 Mei 2016.

BIL

NAMA

UMUR

PIALA FAM: FELCRA FC KEKAL TERATAS KUMPULAN A

2016-05-09

Pertembungan antara dua pasukan teratas Kumpulan A saingan Piala FAM 2016, Felcra FC dan MISC-MIFA di Stadium Hang Tuah, Melaka, semalam berkesudahan seri 2-2.