DATO' HAJI HAMIDIN LEPASKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN AFF

2019-04-10

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, melepaskan jawatannya sebagai naib presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang dimenangi tanpa bertanding pada Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, baru-baru ini.

Dalam surat yang dikirim kepada Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth bertarikh 7 April, 2019, Dato' Haji Hamidin menjelaskan keputusan itu diambil susulan pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023 pada 6 April lalu.

"Atas dasar menghormati semangat perpaduan dalam kalangan ahli gabungan AFF, saya dengan ini memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai naib presiden AFF berkuatkuasa serta merta.

“Susulan perbincangan dengan Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dan Jeneral Sameth, keputusan diambil ini bukan sahaja membolehkan saya lebih fokus pada tanggungjawab saya sebagai ahli exco AFC malah ia membuka laluan kepada rakan-rakan negara jiran menyumbang tenaga sebagai naib presiden AFF," kata Dato' Haji Hamidin.

Dalam Kongres AFF di Siem Reap pada 17 Mac lalu, Dato’ Haji Hamidin bersama Dato' Sri Zaw Zaw dari Myanmar dan Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste memenangi kerusi sebagai tiga naib presiden AFF tanpa bertanding.

Presiden AFF yang baru dipilih adalah Mejar Jenaral Sameth. Beliau menggantikan Sultan Ahmad Shah yang menolak pencalonan kerana gering. Sameth memenangi jawatan presiden tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

---

Dato’ Haji Hamidin Relinquishes AFF Vice-Presidency

Football of Malaysia (FAM) President, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, has relinquished the vice-presidency of the Asean Football Federation (AFF), a seat he won by acclamation in the recent AFF Congress in Siem Reap, Cambodia.

In a letter submitted to AFF President, Major General Khiev Sameth, dated April 7, 2019, Dato’ Haji Hamidin explained the decision was made following his election as an executive committee member of the Asian Football Confederation (AFC) for the term 2019-2023 on April 6.

“In respecting the spirit of solidarity amongst AFF member associations, I have decided to relinquish the vice-presidency of AFF with immediate effect.

“Following discussions with AFC President, His Excellency Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa and General Sameth, this decision will not only enable me to focus on my responsibilities as an AFC exco member but also pave the way for my counterparts from neighbouring countries to contribute as a vice-president of AFF,” said Dato’ Haji Hamidin.

In the AFF Congress in Siem Reap on March 17, Dato’ Haji Hamidin along with Dato’ Sri Zaw Zaw of Myanmar and Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay from Timor Leste won their seats uncontested as the three vice-presidents of AFF.

The newly elected AFF President is Major General Sameth, who succeeded Sultan Ahmad Shah who declined nomination due to poor health. Sameth won the presidency by acclamation following the withdrawal of Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.