FAM DIUMUM SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH GANGSA DREAM ASIA AFC 2019

2019-10-30

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menerima anugerah Dream Asia AFC kategori Inspirasi (Gangsa) selepas memenanginya dalam kategori Pembangunan tahun lalu.

FAM memenangi Gangsa di belakang Persatuan Bolasepak China (Perak) dan Persatuan Bolasepak Jepun (Emas).

Tahun ini FAM memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu berjaya mempamerkan contoh terbaik yang mana penerima anugerah dinilai menerusi inisiatif tanggungjawab sosial di antara bulan Julai 2018 dan Julai 2019 antaranya merangkumi pembangunan sosial kanak-kanak dan remaja, pendidikan dan intergriti, kesihatan dan kemanusiaan.

Dalam menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AFC atas anugerah itu, Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam percaya pengiktirafan berkenaan mampu mencetus daya kerja dan tadbir urus lebih baik di kalangan kakitangan FAM.

“Ini satu penghormatan buat kami selepas berjaya menerima anugerah kali kedua, yang mana kami turut menerima anugerah dalam kategori pembangunan tahun lalu.

"Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami untuk komitmen dan sokongan yang berterusan. Kami berharap FAM akan terus menjadi inspirasi dalam sukan bola sepak.

"Anugerah ini juga bakal menaikkan semangat bekerjasama dengan rakan gabungan dalam menggunakan bola sepak sebagai pemangkin dalam mendidik dan menggilap bakat pemain muda negara," kata Stuart.

Anugerah berkenaan disampaikan kepada Stuart oleh Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial AFC, Zaw Zaw.

 

----

FAM ANNOUNCED AS WINNER OF THE 2019 AFC DREAM ASIA BRONZE AWARDS

2019-10-30

The Football Association of Malaysia (FAM) once again won the AFC Dream Asia award for the Inspiring category (Bronze) after winning it in the Development category last year.

FAM took home Bronze, finishing behind the China Football Association (Silver) and the Japan Football Association (Gold).

This year FAM met the criteria needed to demonstrate the best example of how award recipients are evaluated through social responsibility initiatives between July 2018 and July 2019, which included children and adolescent social development, education and intervention, health and humanity.

In expressing gratitude and thanks to the AFC for the award, FAM General Secretary, Stuart Ramalingam believes the recognition will enable greater workforce and governance among FAM staff.

“This is a tribute to us after winning the second award, which we also received in the development category last year.

"Thanks to our partners for their continued commitment and support. We hope FAM will continue to be an inspiration in the sport of football.

"The award will also encourage the cooperation of our partners in the use of football as a catalyst in educating and polishing the talent of the country's young players," Stuart said.

The award was presented to Stuart by the Chairman of the AFC Social Responsibility Committee, Zaw Zaw.