FAM MANFAATKAN DOTCOMSPORT DALAM PEMBANGUNAN PEMAIN

2018-04-03

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengikat perjanjian untuk menggunakan khidmat syarikat dari Belanda, Dotcomsport dalam membantu pembangunan pemain.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini dengan FAM diwakili oleh setiausaha agungnya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala Dotcomsport diwakili oleh pengarahnya, Johan Henkes.

Memiliki kepakaran dan pengalaman luas bekerja dengan pelbagai inisiatif berkaitan pembangunan bola sepak, Dotcomsport menawarkan sistem pembangunan pemain yang lebih meluas disamping perkhidmatan lain seperti penyusunan pasukan pasukan dari segi formasi serta taktikal, komunikasi antara pemain dan jurulatih, persediaan digital untuk latihan dan perlawanan, analisis dan juga reviu perlawanan. 

Melalui Dotcomsport, ia akan memberikan penekanan terhadap penggunaan video sebagai alat keperluan semasa latihan.

“Dengan sukacitanya, FAM mengumumkan perjanjian bersama Dotcomsport untuk memperkenalkan sistem pemantauan pemain yang akan membantu meningkatkan perkembangan pemain kami. Ini merupakan satu lagi medium bagi jurulatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan pemain. FAM menggunakan sistem pemantauan pemain iaitu Dotcomsport di mana merupakan satu langkah terhadap pembangunan pemain elit kami, "kata Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

Staf FAM termasuk barisan kejurulatihan, pasukan 'scout' (pencari bakat), pasukan doktor, dan pasukan penganalisis video telah diperkenalkan dengan program tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

-----

The Football Association of Malaysia (FAM) has reached an agreement to use the services of Dutch company, Dotcomsport in assisting with players development. 

The signing ceremony was held at Wisma FAM, Kelana Jaya, today with FAM represented by its secretary-general, Dato 'Haji Hamidin Haji Mohd Amin while Dotcomsport was represented by its director, Johan Henkes.

Having a wealth of experience working with various football development initiatives, Dotcomsport offers a wide-oriented player development system and other services such as organizing teams in terms of formation and tactical-wise, communication between players and coaches, digital preparation of training and matches, and match analysis and reviews. 

With Dotcomsport, it will also further strengthen the emphasis on the application of video as a training tool necessity. 
“FAM is extremely proud to announce the agreement with Dotcomsport to introduce a player monitoring system which will help enhance our player development. It’s another avenue for our coaches to communicate with each other and players. FAM using a player monitoring system of Dotcomsport will be a massive step forward in our elite player development,” said the Technical Director of FAM, Peter De Roo. 

FAM staff members, including coaches, teams’ scouts, teams’ doctors and teams’ video analyst were introduced to programme at the Wisma FAM, Kelana Jaya earlier today.