Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Singapura B14 1-3 Malaysia B14

Skuad wanita B-14 tahun kebangsaan kendalian jurulatih Zhang Hong memulakan kempen Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan negara jiran, Singapura B-14 3-1 di Hanoi, Vietnam semalam.

Penyerang, Thera Dellstey Thomas meletakkan pasukan negara di hadapan dengan gol pendahuluan pada separuh masa pertama sebelum pemain-pemain tengah, Siti Nurfaizah Saidin dan Nor Athirah Mamat melengkapkan kemenangan bergaya pada aksi pertama kejohanan tersebut.

Malaysia dijadualkan bakal menentang pasukan tuan rumah, Vietnam hari ini.

J Category: 
article/women-s-football