SIARAN MEDIA: 3 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK LIGA PREMIER 2020

2019-09-27

Sebanyak tiga daripada sembilan pasukan yang beraksi pada Liga Premier 2019 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super atau Liga Premier 2020, jika mereka layak.

Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 26 dan 27 September 2019.

Tiga kelab yang diberikan lesen kebangsaan itu adalah Negeri Sembilan FA, Sabah FA dan UITM FC.

Bagaimanapun, tiga lagi kelab iaitu PDRM FA, Pulau Pinang FA dan Selangor United FC diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat yang mana mereka perlu melengkapkan keperluan yang disyaratkan itu sebelum 30 Oktober 2019. Kegagalan untuk berbuat demikian, lesen berkenaan akan ditarik balik dan mereka akan dikenakan tindakan diturunkan ke Liga M3  2020.

Sementara tiga kelab lain dari Liga Premier 2019 iaitu Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC ditangguhkan keputusan status permohonan mereka kepada tarikh 30 Oktober 2019. FIB telah menggunakan kuasa yang ada untuk memberi kelonggaran kepada tiga kelab ini memandangkan ini tahun pertama dikenakan syarat lesen kelab bagi Liga Premier. Namun jika sehingga 30 Oktober 2019 mereka masih gagal melengkapkan kriteria-kriteria yang diperlukan, kelab berkenaan akan diturunkan ke Liga M3 2020.

Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2019.

Lesen kebangsaan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2020 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2019 atau dalam apa juga keadaan yang menyebabkan pengeluar lesen (FAM) tidak berpuas hati, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Sebagai langkah proaktif juga, FAM untuk kali ini telah mensyaratkan setiap pasukan wajib menghantar surat pengisytiharan yang mereka bebas daripada sebarang tunggakan gaji, KWSP, LHDN dan Perkeso kepada FAM selewat-lewatnya pada 15 Disember 2019, menjelang musim baharu Liga Super dan Liga Premier 2020.

Ini memandangkan, kriteria yang ditetapkan dalam permohonan lesen kelab bagi musim 2020 yang dinilai pada September 2019 hanya berdasarkan kepada laporan kewangan tahunan 2018 yang telah diaudit serta laporan daripada pengurusan pasukan untuk tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019.

Dengan langkah ini, ia sekali gus dapat mengelak daripada tunggakan yang berlaku selepas tempoh berkenaan dibawa pula ke musim 2020 kerana mana-mana pasukan yang gagal mengemukakan surat pengisytiharan berkenaan pada 15 Disember 2019 boleh dikenakan tindakan lesen kelab yang telah diperoleh mereka itu ditarik balik.

Di samping itu, FIB juga akan melakukan lawatan dan audit ke kelab-kelab berkenaan selepas 15 Disember 2019 bagi memastikan apa yang dinyatakan mereka dalam surat pengisytiharan itu adalah benar, sebelum musim baharu Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula.

Akhir kata, saya bagi pihak FAM selaku pihak yang memberikan lesen kelab ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen kelab Kebangsaan dan lesen AFC ini di atas usaha individu-individu dalam pasukan masing-masing yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

--------------

 

 

PRESS RELEASE: 3 TEAMS PASSED CLUB LICENSE FOR 2020 LIGA PREMIER

2019-09-27

Three of the nine teams in the 2019 Premier League have passed and been granted national club licenses to allow them to play in the 2020 Liga Super or the Liga Premier, if they qualify.

This was decided at the First Instance Body (FIB) meeting of the FAM Club Licensing, chaired by Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif on 26th and 27th September 2019.

The three clubs that have been granted national licenses are Negeri Sembilan FA, Sabah FA and UITM FC.

However, three clubs, PDRM FA, Penang FA and Selangor United FC were granted a national license with a condition that they fulfil the requirements by 30th October 2019. Failure to comply with the condition, their license would be withdrawn and they will be relegated to the 2020 Liga M3.

Meanwhile, three other clubs from the 2019 Liga Premier, Kelantan FA, Sarawak FA and UKM FC have had the status of their application postponed to 30th October 2019. The FIB has exercised their power to permit leeways to the three clubs as this is the first year the clubs are being subject to club licensing terms for the Liga Premier.  But if by 30th October 2019 they still fail to meet the required criteria, the clubs will be relegated to the 2020 Liga M3.

In order for the team to be granted a license they would have to be assessed in six key criteria, namely: Sporting, Infrastructure, Personnel & Administration, Legal, Financial and Business which is stated in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2019.

The national is valid for one season only for the 2020 season and throughout the season, if any clubs is found to have violated articles contained in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2019 or any of the conditions for the issuance of license are no longer satisfied, their licenses may be withdrawn.

As a proactive measure, FAM requires each team to submit a declaration letter proving that they are free of any unpaid/delay in paying wages, KWSP, LHDN and Perkeso to FAM by 15th December 2019, ahead of the upcoming 2020 Liga Super and Liga Premier.

In view of this, the criteria set out in the club license application for the 2020 season, evaluated in September 2019 are based solely on the audited annual financial statements of 2018 and reports from the management team for the period January 2019 to June 2019.

By doing so, it can avoid delays arising after the period to be carried forward into the 2020 season as any team that failed to submit the declaration letter on 15th December 2019 may be subject to their club licenses being revoked.

In addition, FIB will also conduct visits and audits to the clubs after 15th December 2019 to ensure that what was stated in the declaration letter is true, before the new season - the 2020 Liga Super and Liga Premier begin.

Finally, I on behalf of the FAM as the licensor wishes to congratulate the clubs that have successfully obtained the respective AFC and National licenses and acknowledge the efforts of the individuals in their respective clubs who have spent time and giving full commitment to ensure their application is successful.

 

Stuart Ramalingam

Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary