SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN: MALAYSIA 5 JORDAN 8

2016-01-20

Skuad futsal kebangsaan kendalian jurulatih Marcelo Serpa tewas 5-8 kepada Jordan pada aksi persahabatan kedua di Stadium Tertutup Navy, Bangkok, petang tadi.

Pada perlawanan persahabatan pertama semalam, skuad negara tumpas 4-6 kepada pasukan tuan rumah, Thailand.

Petang tadi, Malaysia menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan 3-5 hasil daripada jaringan Mohd Ridzwan Bakri, Amar Ashraf Abu Bakar dan Akmarulnizam Mohd Idris menerusi sepakan penalti.

Jordan mengukuhkan kedudukan mereka setelah menambah tiga lagi gol pada babak kedua manakala Malaysia menjaringkan dua gol menerusi Ahmad Fawzul Hadzir untuk perlawanan berakhir dengan kedudukan 5-8.

Skuad negara bakal beraksi pada perlawanan persahabatan ketiga menentang Chonburi FC di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Jumaat (22 Januari 2016) ini.