STILL PROUD DESPITE NOT QUALIFYING FOR THAILAND 2020

2019-03-28

The Football Association of Malaysia (FAM) remains proud of the overall performances displayed by Datuk Ong Kim Swee's national U-22 squad despite the fact that in the end, they did not qualify for the 2020 AFC U-23 Championship in Thailand next January.

What has been displayed by the young players in the three Group J qualifiers at the Shah Alam Stadium, especially in the 2-2 draw with a China side considered to be among Asia's strongest and led by Guus Hiddink, last Tuesday should be commended.

We conclude this qualifying campaign by securing seven points; with wins over Philippines (3-0) and Laos (1-0) and finishing level on points with group winners, China who has a more superior goal difference but not qualifying as the top 16 teams to the final round because we did not finish among the four best second-placed teams from 11 teams.

The outcome is not always in our control. In reality, our performances, especially against China was good; we cannot ask for more and should be proud at the way they carried themselves against China.

It is a shame that it was not rewarded with a spot at next year’s AFC U-23 Championship, because that would be another great opportunity for our boys to get exposed and challenge ourselves with the best. Even Hiddink said to me after the game that we deserved to be there and that it would a shame if we did not qualify. He was impressed by our performances.

If there are any parties who continue to disparage this team or FAM because of our failure to qualify for the finals, they obviously do not know about football and does not follow the team's progress or performances throughout this qualifying campaign.

As reported by the media, the qualifying format factor also played a role when Pakistan's final hour withdrawal resulting in a more complicated calculation method for the four best second-placed teams. It's something obviously beyond our control.

Therefore, we should not continue to lament this failure, but instead need to be positive, look ahead and focus on preparing the youth team for the 2019 SEA Games in the Philippines, end of November.

Although the mission to qualify for the 2020 Olympics is embodied in the FAM Roadmap (F:30), the performance of the national team and clear progress on the field, we cannot continue to assume that the F:30 has failed as it is a long-term map of the for the period from 2019 to 2030.

The FAM will ensure a more rigorous planning and preparation to ensure that the next young squad will be more competitive in the 2024 AFC U-23 Championship qualifying round for pursue our mission in qualifying for next Olympics in Paris, France in 2024.

 

Peter De Roo

Football Association of Malaysia (FAM) Technical Director

 

----------

 

TETAP MEMBANGGAKAN BIARPUN TAK LAYAK KE THAILAND 2020

2019-03-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap berbangga dengan prestasi keseluruhan ditampilkan skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee meskipun pada akhirnya mereka tidak berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Thailand, Januari depan.

Apa yang telah dipersembahkan barisan pemain muda negara pada tiga perlawanan kelayakan Kumpulan J di Stadium Shah Alam terutama ketika mencatat keputusan seri 2-2 dengan China yang dianggap antara pasukan terkuat Asia yang dikendalikan Guus Hiddink, Selasa lalu  seharusnya diberikan pujian.

Kita menamatkan kempen kelayakan ini dengan meraih tujuh mata dan juga dua kemenangan ke atas Filipina 3-0 dan Laos 1-0 - sama mata seperti China di tangga teratas kumpulan menerusi perbezaan gol, tetapi tidak layak selaku 16 pasukan terbaik ke pusingan akhir kerana gagal berada dalam kelompok empat pasukan tempat kedua terbaik daripada 11 kumpulan.

Hasilnya tidak seperti yang kita impikan. Namun pada hakikatnya, persembahan kita, terutamanya semasa bertemu China adalah baik; kita tidak boleh meminta lebih dan harus berbangga dengan cara mereka bermain melawan China.

Adalah mendukacitakan apabila kita gagal mendapat slot Kejuaraan B-23 AFC tahun depan, kerana ia sepatutnya akan menjadi satu lagi peluang hebat untuk pemain-pemain kita mendapatkan pendedahan dan memberi cabaran yang terbaik. Malahan selepas tamat perlawanan, Hiddink sendiri berkata kepada saya yang kita layak untuk berada di sana dan ia adalah menyedihkan andai kita gagal layak. Dia kagum melihat persembahan dipamerkan pemain kita.

Andai ada pihak yang terus memperlekehkan pasukan ini atau FAM kerana kegagalan kita layak ke pusingan akhir, mereka jelas sekali bukanlah individu yang tahu tentang bola sepak dan langsung tidak mengikuti perkembangan pasukan sepanjang kempen kelayakan kali ini.

Seperti mana yang dilaporkan oleh media, faktor format kelayakan juga memainkan peranan apabila penarikan diri Pakistan pada saat akhir menjadikan perkiraan untuk empat pasukan tempat kedua terbaik menjadi lebih rumit. Ia sesuatu yang jelas di luar kawalan kita.

Justeru kita tidak harus terus meratapi kegagalan ini, sebaliknya perlu berminda positif dan segera memandang ke hadapan dan fokus untuk mempersiapkan pasukan muda negara ini bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina, hujung November depan.

Biarpun misi layak ke Sukan Olimpik 2020 terkandung dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30), persembahan pasukan negara dan kemajuan atas padang yang jelas dilihat, kita tidak boleh terus menganggap bahawa F:30 telah gagal kerana ia adalah peta hala tuju jangka panjang iaitu untuk tempoh dari 2019 hingga 2030.

FAM akan memastikan perancangan atau persiapan lebih teliti dan rapi bagi memastikan skuad muda negara selepas ini akan lebih mantap bagi menghadapi saingan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2024 untuk kita meneruskan pula misi layak ke Sukan Olimpik berikutnya di Paris, Perancis pada tahun 2024.

 

Peter De Roo

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)