3 PASUKAN LIGA PREMIER LULUS LESEN KEBANGSAAN UNTUK 2019

2018-11-16

Sebanyak 3 daripada 9 pasukan yang telah memohon lesen kebangsaan dari Liga Premier telah lulus bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2019, jika layak.

Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 14 November 2018.

Felda United FC dan UITM FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala MIFA juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.  

Sementara itu, enam pasukan yang lain iaitu Sabah FA, Sarawak FA, Felcra FC, UKM FC, PDRM FA dan Penang FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kebangsaan, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Bagi pasukan-pasukan yang gagal, mereka telah pun diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kebangsaan seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 yang mana rayuan mereka dijadualkan akan didengar dalam masa terdekat.

Lesen Kebangsaan yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2019 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kebangsaan mereka boleh ditarik balik.

Harus diingatkan bahawa kelab tidak perlu lesen kebangssan untuk menyertai Liga Perdana musim 2019. Walau bagaimanapun, kelab wajib memerlukan lesen kebangssan untuk menyertai Liga Perdana dari musim 2020 dan seterusnya.

Saya bagi pihak FAM selaku pihak yang memberikan lesen ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen Kebangsaan. Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan-pasukan yang akan dinaikkan ke peringkat Liga Super untuk musim 2019.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

----

 

3 PREMIER LEAGUE TEAMS GRANTED NATIONAL LICENSE FOR 2019

2018-11-16

3 out of the 9 teams that have applied for the national license from the Premier League were granted the national license therefore enabling them to compete in the 2019 Super League, should they qualify.

These decisions were made during the FAM Club Licensing First Instance Body (FIB) that was chaired by Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif on 14th November 2018.

Felda United FC and UITM FC were granted national license while MIFA was granted a national license with a sanction.

Meanwhile the 6 teams, Sabah FA, Sarawak FA, Felcra FC, UKM FC, PDRM FA and Penang FA were refused national license for failure to fulfil the criteria that was required.

In order for the team to be granted a license they would have to be assessed in six key criteria, namely Sporting, Infrastructure, Personnel & Administration, Legal, Financial and Business which are stated in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2018.

For the teams that have failed, they have been given a letter of notification and can still appeal for a club license as stated in Article 3.4.2 of the FAM Club Licensing Rules 2018 edition of which their appeal will be scheduled to be heard in the near future.

The National licenses are valid for one season only - for the 2019 season and throughout the season, if any clubs are found to have violated articles contained in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2018 or have outstanding cases related to FIFA and AFC, their licenses may be withdrawn.

It should be noted that clubs are not required to be licensed to participate in the 2019 Premier League season. However, clubs would require a license to participate in the Premier League from season 2020 onwards.

I on behalf of FAM as the licensor wishes to congratulate the clubs that have successfully obtained the respective National licenses. We will would like to wish all the best to the teams that will be promoted to the Super League for the season 2019.

 

Stuart Ramalingam

General Secretary of Football Association of Malaysia (FAM)