4 pasukan teratas Liga Premier catat kemenangan

Persaingan di kelompok teratas Liga Premier terus rancak apabila keempat-empat pasukan teratas berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan ke-18, malam tadi.
 
 Kedah terus berada di landasan terbaik untuk naik ke Liga Super 2016 selepas mudah menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi mengumpul 39 mata ketika saingan hanya berbaki empat perlawanan.
 
 T-Team terus mengekori rapat di tangga kedua dengan 37 mata selepas berjaya menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
 
 PKNS FC pula meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
 Pulau Pinang turut mencuri tiga mata dari gelanggang lawan selepas mudah menundukkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
 
 PKNS FC dan Pulau Pinang berkongsi kedudukan tangga ketiga dan keempat dengan 33 mata diikuti JDT II (27 mata) di tangga kelima, Sabah (26 mata) di tangga keenam dan Negeri Sembilan (25 mata) di tangga ketujuh.
 
 Sementara itu, pada perlawanan sebelah petang, dua pasukan tercorot berjaya meraih tiga mata penuh dengan Kuantan FA menewaskan DRB HICOM FC 3-1 di Stadium Proton, Tanjung Malim manakala KL SPA Putrajaya FC mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
 
 Perlawanan ke-19 akan berlangsung Selasa ini (11 Ogos).
 
 
KEPUTUSAN SEMALAM:
 
KEDAH 3
Bang Seung-Hwan m-6,
Sandro Da Silva m-20,
Liridon Krasniqi m-63 (p)
KUALA LUMPUR 0
 
SABAH 1
Leopold Alfonso Otong m-30
T-TEAM 4
Sadriddin Abdullaev m-13,
Tomislav Busic m-45+1 & m-65,
Zulhanizam Shafine m-76
 
NEGERI SEMBILAN 1
Francis Forkey Doe m-25
PKNS FC 2
Gonzalo Soto m-44
Gabriel Guerra m-74
 
JOHOR DARUL TA'ZIM II 0
PULAU PINANG 3
Hilton Moreira m-24 & m-67,
Azinee Taib m-88
 
DRB HICOM FC 1
Hayato Hashimoto m-52
KUANTAN FA 3
Fabrice Noel m-5,
Milan Purovic m-59,
Abdul Wafiy Abdul Ghafar m-84
 
KL SPA PUTRAJAYA FC 2
Ibrahim Jobeli m-42,
Rod Dyachenko m-90+2
UiTM FC 0
J Category: 
uncategorised6