AFC U19 Championship: Malaysia 1-5 Japan

Saingan Kumpulan I diteruskan menerusi perlawanan kedua yang menyaksikan Malaysia berdepan Jepun. Jepun membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi cubaan Uchida Yuto. Kaneko Shota bagaimanapun menjadikan negara matahari terbit itu mendahului selesa dengan 2-0 pada minit ke 24. Pada minit ke 37, Malaysia merapatkan kedudukan selepas peluang sepakan penalti  dimanfaatkan Mohd Ariff Farhan Md. Isa.

Kembali selepas rehat, Malaysia tampil menguatkan barisan pertahanan. Namun gawang Malaysia terus bolos menerusi dua gol Jepun pada minit ke 77 dan 79. Lima minit sebelum perlawanan tamat, Ketua Pasukan Jepun Miura Genta menjaringkan gol kemenangan Jepun menjadikan keputusan akhir, Malaysia 1 Jepun 5. 

Tewas dua perlawanan peringkat Kumpulan I, peluang Malaysia untuk melangkah ke peringkat seterusnya tidak kesampaian. Bagaimanapun skuad kendalian Aminuddin Hussin perlu beraksi dalam perlawanan terakhir menentang Macau pada Sabtu ini (12/10/2013).

J Category: 
uncategoriseduncategorised