Aksi Palestin-Malaysia 12 November kekal di Hebron

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar permohonan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya venue perlawanan antara Palestin dan Malaysia pada 12 November ini ditukar ke gelanggang berkecuali jika tiada jaminan keselamatan diberikan terhadap pasukan negara sepanjang berada di Palestin.
 
 Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA dipengerusikan Juan Angel Napout yang bermesyuarat di Zurich, Switzerland pada Selasa (20 Oktober 2015) telah meneliti permohonan FAM untuk perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu diadakan di gelanggang berkecuali.
 
 Pihak biro telah membuat keputusan untuk mengekalkan venue perlawanan berkenaan seperti yang dijadualkan iaitu ia akan tetap berlangsung di Stadium Dura di Hebron, Palestin selepas pihak berkuasa Palestin sudah mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan delegasi pasukan Malaysia sepanjang berada di Palestin nanti.
 
 FIFA juga akan melantik pegawai keselamatan yang pakar untuk bekerjasama secara terus dengan Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) bagi memastikan perlawanan antara Palestin dan Malaysia itu berlangsung dalam keadaan yang baik.
 
 
Baki perlawanan Kumpulan A membabitkan Malaysia bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019:
 
12 November 2015
Palestin lwn Malaysia
Stadium Dura, Hebron, 4 ptg (9 mlm waktu Malaysia)
 
17 November 2015
Malaysia lwn UAE
Stadium Shah Alam, 8.45 mlm (perlawanan tanpa penonton)
 
24 Mac 2016
Arab Saudi lwn Malaysia
Stadium Prince Mohamed bin Fahd, Dammam, 8 mlm (1 pagi waktu Malaysia)
J Category: 
uncategorised7