AL-FATIHAH... SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1930-2019)

2019-05-22
 
Al-Fatihah
 
Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, KDYMM Pemangku Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat negeri Pahang di atas kemangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, jam 8.50 pagi tadi.
 
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan seluruh warga bola sepak tempatan serta antarabangsa berkabung susulan pemergian Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang meninggalkan impak cukup besar sepanjang pembabitan Baginda dalam sukan Nombor 1 ini, bermula sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
 
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah adalah Presiden FAM yang paling lama berkhidmat, menggantikan Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pada 1984 sehingga memberi laluan kepada anakanda Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, pada 2014.
 
Di bawah teraju Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, pertandingan bola sepak tempatan melalui satu evolusi pesat, bermula dengan liga semi-pro yang diperkenalkan pada 1989 sebelum menjadi profesional pada 1996 dan ditransformasikan kepada Liga Super pada 2004. 
 
Dalam tempoh tiga dekad itu juga, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menjadi saksi kepada beberapa kejayaan skuad negara, termasuk pingat emas Sukan SEA 1989, Pestabola Merdeka 1993, emas Sukan SEA 2009 dan 2011, serta kemenangan Piala Suzuki AFF pada 2010.
 
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah juga memastikan Malaysia disegani di mata dunia dengan mendapat penghormatan menjadi tuan rumah Piala Dunia Belia FIFA pada 1997. 
 
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menerajui Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dari 1994 hingga 2002 dan antara tokoh yang menuntut penambahan kuota untuk benua Asia dalam saingan Piala Dunia FIFA pada 2002, susulan krisis pada 1999 apabila delegasi AFC memulau mesyuarat Kongres FIFA di Los Angeles.
 
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah juga menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) dari 2011 hingga 2019, dengan kejayaan menjadikan Piala Suzuki AFF sebagai aset terbesar persekutuan itu. Almarhum tidak dicalonkan semula pada Kongres AFF di Siem Reap Mac lalu disebabkan kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
 
----
 
Al Fatihah
 
Our sincerest condolences to KDYMM His and Her Majesty the King and Queen, KDYMM Acting Pahang Sultan, Royal Family of Pahang and the people of Pahang on the passing of KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, at 8.50am today.
 
The Football Association of Malaysia (FAM) and all local and international football fraternity are mourning following the passing of the late Sultan Haji Ahmad Shah who left a huge impact throughout his involvement in the Number 1 Sport, starting as President of the Pahang State Football Association (PBNP).
 
The late Sultan Haji Ahmad Shah was the longest serving FAM President, replacing the late Tan Sri Hamzah Abu Samah in 1984 up until 2014 when he gave way to his son, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
 
Under the leadership of the late Sultan Haji Ahmad Shah, local football competition went through a rapid evolution, beginning with a semi-pro league introduced in 1989 before becoming professional in 1996 and transformed into the Super League in 2004.
 
In the last three decades, the late Sultan Haji Ahmad Shah witnessed the success of the national squad, including the 1989 SEA Games gold medal, 1993 Pestabola Merdeka, SEA Games 2009 and 2011 gold, and the AFF Suzuki Cup victory in 2010.
 
The late Sultan Haji Ahmad Shah also put Malaysia on the world map with the honor of hosting the FIFA Youth World Cup in 1997.
 
The late Sultan Haji Ahmad Shah led the Asian Football Confederation (AFC) from 1994 to 2002 and among the figures that demanded for the expansion of quotas for the Asian continent in the 2002 FIFA World Cup, following the crisis in 1999 when the AFC delegation boycotted the FIFA Congress meeting in Los Angeles.
 
The late Sultan Haji Ahmad Shah was also President of the Asean Football Federation (AFF) from 2011 until 2019, with the success of the AFF Suzuki Cup as the largest asset of the federation. The deceased was not re-nominated at the AFF Congress in Siem Reap in March because of his deteriorating health.
 
May Allah bless the spirit of the late Sultan Haji Ahmad Shah.