News Archive: September 2018

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN FASA 4 SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL AFF 2018 DI INDONESIA

2018-09-29

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong ke kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 4 skuad futsal lelaki kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 6 Oktober hingga 2 November 2018 bagi persiapan dan persediaan awal menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Indonesia pada 5 hingga 15 November 2018.

 

BIL

NAMA

PREVIU KEJUARAAN B-16 AFC

2018-09-20

Dengan Kejuaraan B-16 AFC 2018 yang semakin hampir, skuad B-16 Malaysia di bawah kendalian Lim Teong Kim begitu bersemangat untuk menunjukkan taring mereka ditambah Kuala Lumpur menjadi hos bagi kejohanan dwitahunan tersebut.

Pasukan kebangsaan B-16 yang bersaing dalam Kumpulan A pasti mengharapkan untuk mencipta sesuatu saat istimewa di tanah air sendiri kerana pasukan yang berjaya mara selaku empat pasukan terbaik kejohanan ini akan menempah slot automatik ke Piala Dunia B-17 FIFA 2019 di Peru.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN FUTSAL B-20 AFC 2019 DI BANGKOK

2018-09-20

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad futsal lelaki B-20 kebangsaan, Jamhuri Zainuddin untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari ini (20 September 2018) sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi kelayakan Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2019 di Bangkok, Thailand dari 1 hingga 9 Disember depan.

 

BIL

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 25 SEPTEMBER 2018

2018-09-19

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya serta kem latihan di Doha, Qatar bermula Selasa depan, 25 September 2018 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia, 18 Oktober hingga 4 November depan.

 

BIL

KENALI PEMAIN MALAYSIA DI AFC U16 - MUHAMMAD HARIZ MANSOR

2018-09-19

Kapten pasukan, Muhammad Hariz mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak mensia-siakan empat tahun perjuangan dan pengorbanan berlatih selama ini bagi mencapai peluang ke Piala Dunia B-17 2019 di Peru.

Menjadikan pemain Brazil, Thiago Silva dan pemain Sepanyol, Gerard Pique sebagai idola, Hariz juga berazam untuk terus menyerlah di arena bola sepak dan menyimpan hasrat untuk  bermain bersama kelab hebat seperti Gamba Osaka atau Chelsea.

 

KENALI PEMAIN MALAYSIA DI AFC U16 - SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN

2018-09-18

Pemain utama dalam gawang gol skuad B-16 kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel antara tonggak dalam skuad yang memenangi Piala Iber 2015 di Sepanyol dan Piala SuperMokh 2016.

Sebahagian daripada generasi pertama skuad Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP), penjaga gol kelahiran Pulau Pinang pernah dicalonkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan dalam Piala Elite 2016 di Perancis.

KENALI PEMAIN MALAYSIA DI AFC U16 - LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

2018-09-17

Luqman Hakim berazam untuk melangkah ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Penyerang dari Kelantan berusia 16 tahun ini dilihat bakal menjadi ancaman utama lawan berbekalkan ledakan dua gol yang disumbangnya pada Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Indonesia tahun lalu.

 

PROFIL PEMAIN

NAMA:  LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

UMUR: 16

KENALI PEMAIN MALAYSIA DI AFC U16 - NAJMUDIN AKMAL KAMAL AKMAL

2018-09-16

Penyerang lincah, Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal memasang impian bermain di kancah antarabangsa, di Liga Jepun sebelum beralih ke Liga Eropah satu hari nanti.

Bagi merealisasikan impian itu, pertama sekali dia perlu cemerlang di Kejuaraan B-16 AFC tahun ini. Pemain berusia 15 tahun ini yakin skuad B-16 kebangsaan berkemampuan untuk menempah tiket ke Piala Dunia B-17 tahun depan.

 

PROFIL PEMAIN

KENALI PEMAIN MALAYSIA DI AFC U16 - FIRDAUS KAIRONNISAM

2018-09-15

Bapa borek, anak rintik. itu menggambarkan Muhammad Firdaus Kaironnisam yang meletakkan sasaran untuk mengikut jejak langkah bapanya, bekas pemain kebangsaan, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain.

Firdaus, 16, dilihat sebagai watak penting untuk menghidupkan jentera tengah skuad kendalian Lim Teong Kim ini.

 

PROFIL PEMAIN

NAMA: MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMAD KAIRONNISAM SAHABUDIN

UMUR: 16

TARIKH LAHIR: 10 DISEMBER 2002

TEMPAT LAHIR:  KANGAR, PERLIS

POSISI: TENGAH