News Archive: September 2021

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 2 SKUAD KELAYAKAN PIALA ASIA B-23 2022

2021-09-29

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 2 bermula Isnin, 4 Oktober 2021 sebagai persiapan pasukan menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

 

BIL

SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 1 OKTOBER 2021

2021-09-23

Berikut senarai nama 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2022: PALESTIN 0-2 MALAYSIA

2021-09-23

Skuad bola sepak wanita kebangsaan meraih tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Palestin 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin, petang semalam (Waktu Palestin).

PIALA SUZUKI AFF 2020: MALAYSIA DIUNDI KUMPULAN B BERSAMA VIETNAM, INDONESIA, KEMBOJA & LAOS

2021-09-21

Malaysia akan berdepan juara bertahan - Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang akan berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Sementara Kumpulan A pula akan dibarisi oleh juara lima kali - Thailand, Myanmar, Filipina, juara empat kali - Singapura dan pemenang perlawanan kelayakan di antara Brunei dan Timor-Leste.

KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2022: MALAYSIA 0-4 THAILAND

2021-09-20

Skuad wanita kebangsaan kendalian Jacob Joseph tewas 4-0 kepada Thailand pada aksi pertama Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, petang semalam (Waktu Palestin).

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin itu, gawang Malayan Tigress dibolosi Thailand seawal minit pertama oleh K. Chetthabur diikuti jaringan kedua menerusi N. Pram-Nak pada minit ketiga.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEEMPAT BAGI PENGGAL 2021-2025

2021-09-18

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang diadakan secara dalam talian pada Jumaat, 17 September 2021 telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Sarawak United FC - Mohd Sharbinee Allawee Ramli

 

SIARAN MEDIA: PEMBATALAN PERTANDINGAN PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2021

2021-09-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini memaklumkan secara rasmi bahawa pertandingan bola sepak wanita kebangsaan, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2021 adalah dibatalkan susulan keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN KE KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2022 DI PALESTIN

2021-09-13

Berikut adalah senarai 23 pemain yang telah dipilih Ketua Jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph bagi menghadapi saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin.

 

No

Nama

FAM GENAP 95 TAHUN HARI INI

2021-09-11

Persatuan Bolasepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai FAM asalnya ditubuhkan sebagai Malayan Football Association (MFA) pada 11 September, 1926 dalam satu persidangan di Padang Kelab Selangor.

Lima persatuan negeri, iaitu Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura, menjadi pengasas MFA selepas kelompok pemimpin negeri berkenaan memikirkan satu badan pengawal selia aktiviti bola sepak di Persekutuan Tanah Melayu perlu diwujudkan.

SIARAN MEDIA: FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN DATUK ONG KIM SWEE

2021-09-10

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, hari ini dan pihak pengurusan FAM telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021.