News Archive: October 2021

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA B-22 KE KELAYAKAN PIALA ASIA B-23 2022 DI ULAANBAATAR, MONGOLIA (25-31 OKTOBER 2021)

2021-10-19

Berikut senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney bagi menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

 

BIL

NAMA

FAM ANGGAP RAKAN PENAJA SEBAGAI WIRA

2021-10-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan rakan penajanya sebagai wira yang menyahut seruan agenda nasional atas kesudian membantu industri bola sepak dan juga pasukan kebangsaan kekal bernafas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

FAM mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan penaja sepanjang minggu lalu bagi membincangkan jalinan kerjasama lebih erat serta kaedah menyediakan pulangan atas pelaburan (ROI) yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1: UZBEKISTAN 5-1 MALAYSIA

2021-10-10

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 5-1 kepada pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.

Terdahulu, Harimau Malaya kalah 4-0 kepada pasukan tuan rumah, Jordan pada perlawanan pertama dalam kunjungan ke Jordan ini, Rabu lalu (6 Oktober 2021).

SIARAN MEDIA: 11 PEMAIN MALAYAN TIGRESS TERIMA TAWARAN LANJUT PENGAJIAN DI IPTA

2021-10-07

Seramai 11 pemain dari skuad Malayan Tigress yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Palestin kini mengorak pula langkah mereka ke menara gading selepas menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1: JORDAN 4-0 MALAYSIA

2021-10-07

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe tewas 4-0 kepada pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium King Abdullah II, Amman, Jordan, malam tadi.

Dengan membawa hanya sembilan pemain dari skuad ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE pada Jun lalu ke Amman bagi siri dua perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan ini, tujuh daripadanya diturunkan Cheng Hoe dalam kesebelasan utama.