News Archive: July 2023

SIARAN MEDIA: SKUAD HARIMAU MALAYA BERDEPAN SYRIA & CHINA BAGI PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1, SEPTEMBER INI

2023-07-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

SIARAN MEDIA: FAM MEMBIDAS KENYATAAN SADEK & BEBERAPA PIHAK LAIN YANG MENDAKWA FAM LAMBAT BERTINDAK

2023-07-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin membidas kenyataan yang dibuat oleh pemerhati sukan, Sadek Mustaffa dan beberapa pihak lain yang mendakwa Persatuan ini lambat dalam memberi respon atau membuat tindakan berhubung insiden penyokong Kuala Lumpur City yang telah dipukul pada Final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

FAM bukan mengambil sikap untuk berdiam diri berhubung hal ini atau pun lambat untuk membuat sebarang tindakan.

SIARAN MEDIA: JAWATANKUASA TATATERTIB FAM MENJATUHKAN HUKUMAN PENGGANTUNGAN SEBULAN TERHADAP FAISAL HALIM

2023-07-26

Saya dengan ini mengesahkan bahawa pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim telah pun dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang pada petang semalam (Selasa, 25 Julai 2023).

SIARAN MEDIA: FAM TELAH DENDA JDT RM120,000 BERHUBUNG KESALAHAN MEMBAKAR & MENYALAKAN SUAR

2023-07-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun dikenakan hukuman denda berjumlah RM120,000 atas tindakan penyokongnya menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga Malaysia 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 23 PEMAIN KE KEJUARAAN WANITA B-19 AFF 2023 DI PALEMBANG, INDONESIA BERMULA 5 JULAI INI

2023-07-02

Berikut adalah senarai akhir 23 pemain Malayan Tigress B-19 kendalian Cameron Ng yang telah terpilih untuk mengharungi kempen Kumpulan B Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2023 di Palembang, Indonesia bermula 5 hingga 15 Julai ini.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: FAM TERUS TERBANG TINGGI BERSAMA MALAYSIA AIRLINES

2023-07-01

Demi memastikan skuad Harimau Malaya terus terbang tinggi di persada antarabangsa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama dengan Malaysia Aviation Group Berhad (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Perjanjian lanjutan usahasama itu bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula Januari 2024 hingga Disember 2026 berikutan perjanjian sedia ada selama tiga tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Disember 2023.