Cabaran Piala AFC berakhir

Male: Cabaran Malaysia dalam saingan Piala AFC 2013 berakhir selepas Selangor tewas 2-0 kepada kelab Maldives, New Radiant pada aksi pusingan kedua kalah mati yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Nasional Galolhu, Male, semalam (15 Mei 2013). 

Sehari sebelum itu, satu lagi wakil negara - Kelantan turut menempuh nasib sama apabila tewas kepada kelab Hong Kong, Kitchee 2-0 di laman sendiri.

Selepas ‘terselamat’ daripada asakan bertalu tuan rumah sepanjang 90 minit permainan, gawang Selangor dikawal Norazlan Razali akhirnya bolos dua kali pada masa tambahan menerusi jaringan Ahmed Niyaz pada minit ke-96 dan Ali Fasir minit ke-105.

J Category: 
article/latest-news