EMERGING STRONGER TOGETHER FANS STORIES

2021-12-16

Tahniah kepada pemenang bertuah, Mohd Fadzli Abd Rahman yang akan menyaksikan Final Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Baca kisah perjuangan beliau melawan COVID-19 seperti di bawah ini:

 

Mohd Fadzli Abd Rahman

Alhamdulillah. Menjadi salah seorang dalam statistik Positive COVID-19 di Malaysia di akhir bulan Mei 2021. Pesakit COVID-19 tahap 2 yang berat badan menghampiri 100kg dan sepatutnya dimasukkan ke MAEPS kerana obesiti. Melihat dua orang sahabat yang ditidurkan dan terus tiada, menguatkan lagi semangat untuk terus sihat selepas sembuh dari COVID-19.

Pada awal Julai 2021 mula mengawal pemakanan serta minuman secara “intermittent fasting” dan melakukan aktiviti “brisk walk” dengan konsisten dan dengan izin Allah dalam masa 4 bulan dapat mengurangkan berat dari 98kg kepada 78kg dan dari size XXL kepada M. Kembali yakin bermain bolasepak semula walaupun umur sudah memasuki separuh abad. Permainan yang menjadi minat sejak dahulu.

Pengalaman meraikan kejayaan AFF 2014 di Stadium Nasional Singapura bersama keluarga ingin diulangi pada 2021 ini untuk menyaksi secara terus di Stadium Nasional Singapura, In Sha Allah. Selamanya Harimau Malaya!

https://www.facebook.com/mohd.fadzli.1650/posts/10227735329075862

 

#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether