ENAM AKSI PERSAHABATAN HARIMAU MALAYA TELAH DISAHKAN

2018-06-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin memaklumkan bahawa sebanyak enam perlawanan persahabatan antarabangsa "A" buat skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjelang Piala Suzuki AFF 2018 telah pun disahkan akan berlangsung sepanjang bulan Julai hingga November ini.

1. Malaysia lwn Fiji pada 5 Julai 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

2. Chinese Taipei lwn Malaysia pada 7 September 2018 di Taipei

3. Kemboja lwn Malaysia pada 10 September 2018 di Phnom Penh

4. Sri Lanka lwn Malaysia pada 12 Oktober 2018 di Colombo

5. Malaysia lwn Republik Kyrgyz pada 16 Oktober 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Selain itu, satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" turut dirancang pada 3 November 2018 di Kuala Lumpur tetapi pasukan lawannya masih belum disahkan iaitu sebagai ujian terakhir sebelum skuad Harimau Malaya terbang ke Phnom Penh bagi aksi sulung Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2018 bertemu Kemboja pada 8 November 2018. (KEMAS KINI 21 JUN 2018: Malaysia sah akan bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018)

Enam perlawanan persahabatan antarabangsa "A" ini bakal menjadi pentas terbaik bagi memperbaiki lagi kedudukan semasa Malaysia di tangga 171 dunia dalam ranking FIFA, selain sebagai medan ujian buat Cheng Hoe mempersiapkan pasukannya menjelang Piala Suzuki AFF 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018.

Semoga dengan perancangan teliti yang telah diatur ini dapat menghasilkan keputusan positif buat skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2018. Sama-sama kita doakan supaya kejayaan cemerlang dapat diraih Malaysia pada edisi kali ini.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)