FAM ANJUR KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK LESEN C

2015-05-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan dua Kursus Kejurulatihan Bolasepak Lesen C di UiTM Shah Alam dan juga UPM Serdang.

Kedua-dua kursus kejurulatihan telah menerima sambutan baik dengan jumlah penyertaan keseluruhan seramai 48 orang peserta.

 

 

Richard Sinapan memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta yang hadir.

Kursus kejurulatihan di Shah Alam dikendalikan oleh jurulatih Richard Sinapan dan akan dijalankan dari 17 Mei hingga 30 Mei manakala kursus kejurulatihan di Serdang pula dikendalikan oleh jurulatih Ismail Zakaria dan akan dijalankan dari 18 Mei hingga 31 Mei ini.