FAM anjur Seminar Perubatan 2015

FAM telah menganjurkan Seminar Perubatan yang pertama pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Sukan FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.

Seminar tersebut yang menampilkan tenaga-tenaga pengajar seperti Pengerusi Jawatankuasa Perubatan AFC, Dato Dr Gurucharan Singh dan Pakar Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Kamarul Hashim telah menerima sambutan baik dengan mencatatkan kehadiran seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada doktor dan ahli fisioterapi dari pasukan Liga Super, Liga Perdana dan juga Liga FAM.

Peserta-peserta seminar telah diberi pendedahan mengenai pelbagai agenda berfaedah seperti Cabaran Rehabilitasi, Keselamatan & Kesihatan dan juga Laporan Perubatan Harian.

J Category: 
article/latest-news