FAM HANTAR WAKIL KE BENGKEL PEMBANGUNAN BOLASEPAK WANITA ANJURAN FFA

2016-11-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar wakil ke Bengkel Pembangunan Bolasepak Wanita anjuran Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) yang bakal berlangsung di Australia bermula Isnin (7 November) hingga 18 November ini.

Pentadbir Pasukan skuad wanita kebangsaan, Norzazarina Omar yang juga pegawai dari Jabatan Bolasepak Wanita telah terpilih bagi mewakili FAM untuk menyertai bengkel ini yang dianjurkan di dua lokasi iaitu; ibu pejabat FFA di  Sydney dan di Institut Sukan Australia (AIS) di Canberra.

Bengkel ini yang juga buat julung kalinya diadakan, bakal menyaksikan penyertaan daripada wakil-wakil persatuan bola sepak rantau Asia Tenggara; Persatuan Bolasepak Thailand, Persatuan Bolasepak Singapura serta Persatuan Bolasepak Vietnam.

Antara anggota panel yang mengambil bahagian ialah Instruktor FIFA dan ahli pengurusan kelab bolasepak Liga Wanita Australia, Heather Reid.