FAM MENYOKONG KEMPEN “ONE GOAL” AFC & WORLD VISION MALAYSIA

FAM MENYOKONG KEMPEN “ONE GOAL” AFC & WORLD VISION MALAYSIA DEMI NUTRISI KANAK-KANAK YANG LEBIH BAIK MERENTASI ASIA

·         Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) merupakan badan bola sepak kebangsaan yang pertama di Asia mengikrarkan sokongan kepada inisiatif serantau “One Goal” untuk menangani amalan pemakanan yang tidak sihat dan halangan bagi Asia dan bola sepak Asia.

·         Bendera One Goal akan dikibarkan bagi semua perlawanan di Malaysia bermula dengan perlawanan antara Malaysia menentang Filipina pada 01 Mac 2014.

Kuala Lumpur, 22 Februari 2014 – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan sokongan terhadap kempen kesedaran One Goal nutrisi serantau yang telah di terajui oleh Asian Football Confederation (AFC) dan World Vision.

Pengumuman tersebut dibuat semasa sesi media FAM hari ini bersempena mesyuarat EXCO organisasi di Wisma FAM. Satu majlis kibaran telah diadakan untuk meraikan majlis bersama Stuart Ramalingam, Pengarah Pemasaran & Tanggungjawab Sosial dari AFC, Liew Tong Ngan, Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia (WVM), Timbalan Presiden  FAM, dan YH Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM, hadir untuk memberikan sokongan mereka.

Memberi tumpuan kepada menyediakan pemakanan untuk setiap kanak-kanak di Asia dengan memanfaatkan tenaga dan semangat untuk bola sepak di rantau ini, kempen ‘One Goal’ bertujuan untuk menangani amalan pemakanan tidak sihat dan halangan kepada Asia dan bola sepak Asia.

FAM akan meningkatkan kesedaran untuk inisiatif tersebut dengan memaparkan bendera One Goal, yang mengetengahkan laman web kempen one goal.asia, semasa semua perlawanan yang dimainkan di Malaysia, bermula dengan perlawanan di antara Malaysia dan Filipina pada 01 Mac 2014.

Dengan tempoh sepuluh tahun kempen One Goal baru sahaja dilancarkan pada November tahun lepas, dan Malaysia menerajui sebagai Negara pertama untuk mengikrarkan sokongan melalui badan pentadbiran bola sepak negara.

Asia adalah rumah kepada hampir 578 juta dari pada 1 bilion orang kekurangan zat makanan di seluruh dunia, manakala terdapat 100 juta daripada 165 juta kanak-kanak di peringkat global yang terbantut, satu keadaan di mana pertumbuhan fizikal dan intelektual terjejas akibat kronik pemakanan  adalah Asia.

"Pertumbuhan terbantut bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kini untuk kemungkinan yang lebih tinggi dijangkiti penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung apabila lebih tua, tetapi lebih penting, meletakkan beban yang besar ke atas Asia secara keseluruhan, mengurangkan potensi individu, masyarakat dan ekonomi. Kami percaya bahawa kami secara drastic boleh meningkatkan statistik kini melalui kuasa dan capaian bola sepak," kata Liew Tong Ngan, Ketua Pegawai Eksekutif  World Vision Malaysia.

"Kepentingan meningkatkan kesedaran pemakanan dan meningkatkan amalan pemakanan awal untuk kebaikan Asia tidak cukup ditekankan. Melalui kempen One Goal, kami berharap meningkatkan kesedaran dan menyediakan maklumat melalui bola sepak boleh membawa jalan kearah Asia yang lebih berdaya saing yang mampu untuk merealisasikan potensi sebenar, sama ada melalui sukan atau sebaliknya,” kata Stuart Ramalingam, Pengarah Pemasaran & Tanggungjawab Sosial daripada AFC.

Usaha-usaha pengumpulan dana oleh Kelab Pemakanan One Goal telah dilancarkan untuk mengumpul AS $ 50,000 bagi 10,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan di bawah umur 5 tahun dalam wilayah Vietnam;  Dien Bien, Yen Bai dan Quang Ngai (http://www.fringebacker.com/en/projek/ onegoal_vietnamnutritionclubs /)

Selain daripada kempen One Goal, FAM juga akan bekerjasama dengan AFC, Bank Pembangunan Asia (ADB), Program Bersama Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) pada Kempen Perhubungan HIV/AIDS berasaskan bola sepak dan program-program pencegahan yang akan membantu menangani risiko jangkitan HIV dalam kalangan anak-anak muda.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Grace Eu :[email protected]

JayanthVincent :[email protected]

Neil StaMaria :[email protected]

J Category: 
article/latest-news