FINAL 2 PIALA PRESIDEN 2017: SELANGOR BERGELAR JUARA MESKIPUN TEWAS 1-0 KEPADA TERENGGANU

2017-10-21

Selangor berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun untuk muncul juara Piala Presiden 2017 biarpun tewas 1-0 kepada Terengganu pada Final 2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

 Terengganu kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab berjaya memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan percuma Haidhir Suhaini pada minit ke-24.

 Namun berbekal kemenangan 2-0 pada Final 1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 13 Oktober lalu, Selangor yang dibimbing Omar Ali berjaya muncul juara menerusi kemenangan agregat 2-1.

 Selaku juara, Selangor berjaya merangkul piala pusingan dan hadiah wang tunai RM150,000 manakala Terengganu selaku naib juara menerima wang tunai RM100,000.

 Dalam laluan untuk bergelar juara pertandingan B-21 kebangsaan ini, Selangor telah muncul naib juara Kumpulan B di belakang Negeri Sembilan sebelum menyingkirkan pasukan tangga ketiga Kumpulan A, JDT III pada suku akhir dan juara Kumpulan A, Kedah pada separuh akhir.

 Musim lalu, Kelantan muncul juara buat dua musim berturut selepas menewaskan T-Team pada aksi final. Kelantan kendalian Hashim Mustapha kandas pada separuh akhir musim ini selepas disingkirkan Terengganu.

 

TERENGGANU: 25-Shafawi Mohamad (PG), 2-Fazirhikwan Mat Rani (K), 3-Samsul Ikram Daud, 7-Haidhir Suhaini, 8-Aliff Fitri Jefri, 10-Firas Tarmizi (18-Shafiq Shahrizan Mazlan 80'), 17-Rahman Makasuf, 19-Ridzuan Razali (11-Wan Fazli Wan Ghazali 76'), 20-Dhiyaulrahman Hasry, 26-Alif Zakaria, 27-Al Imran Abd Aziz (15-Tarmizi Hakim Abd Rahman 69').

SELANGOR: 25-Haziq Ridwan (PG) (K), 5-M Tamil Maran, 12-Azizul Baharuddin (9-Najib Abdullah 87'), 17-D Kugan, 31-Amirul Ashraf Ariffin, 32-K Sarkunan, 33-A Namathevan, 34-Badrul Amin Rusalan (24-Syazwan Salihin 79'), 35-Faizzudin Abidin (3-Syukri Azman 90'+1), 36-K Kannan, 37-Syahmi Safari.

Pengadil: Almi Abdullah

 

KEPUTUSAN FINAL 2

JUMAAT, 20 OKTOBER 2017

 

TERENGGANU 1

Haidhir Suhaini 24'

SELANGOR 0

* Selangor menang agregat 2-1