![](https://fam.org.my/sites/default/files/styles/news_detail/public/default_images/default-news.jpg?itok=CWgmH8jN)
Final: Malaysia-Indonesia
Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 apabila berjaya menewaskan Myanmar 1-0 pada separuh akhir yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Sabtu (19/11/11).
Indonesia layak selepas mengatasi naib juara temasya 2009, Vietnam 2-0. Gol-gol Indonesia dijaringkan oleh Patrich Wanggai dan Titus Bonai.
Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Isnin (21/11/11), pukul 7 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).
J Category:
article/latest-news