Hari 1: Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015

Peringkat Grand Final saingan Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 bagi merebut Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 membuka tirai di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam, semalam.
 
 Perlawanan pertama menyaksikan juara Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA bagi kategori wanita, Selangor bermula garang dengan membelasah Kuala Lumpur 6-1 bagi Kumpulan A.
 
 Satu lagi pasukan Kumpulan A, MPSJ FC turut garang membenam PDRM 8-2.
 
 Saingan Kumpulan B bagi kategori wanita, Felda United FC mendahului carta selepas menewaskan Perak 4-1 tatkala satu lagi perlawanan menyaksikan Kedah dan Sabah seri 2-2.
 
 Sementara itu, saingan hari pertama kategori lelaki menyaksikan tiga perlawanan berakhir dengan seri dan hanya Kuala Lumpur MK mencatat kemenangan menewaskan Perak 5-4 bagi Kumpulan B.
 
 Satu lagi aksi Kumpulan B berkesudahan Kedah seri 2-2 dengan T-Team.
 
 Saingan Kumpulan A kategori lelaki menyaksikan kesemua empat pasukan kini berkongsi satu mata selepas juara Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015, Felda United FC diikat Selangor 5-5 manakala Melaka dan MPSJ FC turut seri 5-5.
 
Klik disini untuk melihat rakaman video perlawanan semalam.
 
KEPUTUSAN SEMALAM
 
LELAKI KUMPULAN A
 
SELANGOR 5
Khairul Effendy Bahrin m-11 & m-32,
Ridzwan Bakri m-22 & m-30,
Ahmad Hanif Sarman m-24
FELDA UNITED FC 5
Nurnaiim Abu Nangin m-8,
Azwann Ismail m-18 & m-38,
Akmal Yazadh Amri m-19,
Fitri Yatim m-26
 
MELAKA 5
Shamar Fadzil m-9, m-19 & m-30,
Azrol Hairun m-19,
Muzhaffar Tahar m-25
MPSJ FC 5
Shamsul Akmar Zamri m-1 & m-32,
Fariq Mohammad m-5 & m-24,
Asmie Amir Zahari m-39
 
LELAKI KUMPULAN B
 
KEDAH 2
Akmarul Nizam Idris m-10 & m-19
T-TEAM 2
Ahmad Jazlan Jalil m-12,
Ameer Shafeeq Zaidi m-38
 
PERAK 4
Razin A Rahim m-13, m-26 & m-28,
Fairooz Amannijas m-33
KUALA LUMPUR MK 5
Ridhwan Zainal m-14 & m-22,
Afiq Nadiy Mat Hussin m-19,
Hiszuan Fauzi m-32,
Shahril Anuar Rosli m-35
 
WANITA KUMPULAN A
 
KUALA LUMPUR 1
Malini Nordin m-29
SELANGOR 6
Hanis Farhana Shamsul Azizan m-6,
Rina Jordana Adnan m-10 & m-15,
Zur'ain Kamarudin m-14,
Fasrina Amira Amir Hamzah m-27 & m-28
 
PDRM 2
Lovelytha Jelus m-37,
Angela Kais m-38
MPSJ FC 8
Nur Shazreen Munazli m-4, m-5 & m-17,
Nor Azura Ibrahim m-24,
Rebecca Jane Harding m-29,
Norhanisa Yahyah m-30 (gs),
Nurul Azlina Mohd m-36,
Steffi Sarge Kaur m-37
 
WANITA KUMPULAN B
 
PERAK 1
Saidatul Nabila Sani m-22
FELDA UNITED FC 4
Farahiyah Ridzuan m-23,
Norhawa Md Yasin m-28 & m-31,
Siti Khairani Mas Akher m-34
 
KEDAH 2
Nur Madihah Nadzari m-2,
Nur Syazwina Shuib m-36
SABAH 2
Masturah Majid m-4,
Usliza Usman m-26
 
JADUAL HARI INI (SELASA, 9 JUN)
 
11.00 pg: Felda United FC lwn Kedah (WANITA KUMPULAN B)
12.30 tgh: Sabah lwn Perak (WANITA KUMPULAN B)
 
2.00 ptg: Selangor lwn PDRM (WANITA KUMPULAN A)
3.30 ptg: MPSJ FC lwn Kuala Lumpur (WANITA KUMPULAN A)
 
5.00 ptg: T-Team lwn Perak (LELAKI KUMPULAN B)
6.30 ptg: Kuala Lumpur MK lwn Kedah (LELAKI KUMPULAN B)
 
8.00 mlm: Felda United FC lwn Melaka (LELAKI KUMPULAN A)
9.30 mlm: MPSJ FC lwn Selangor (LELAKI KUMPULAN A)
 
J Category: 
article/futsal